Tuesday, April 10, 2018

#THROWBACK: WAKTOM YANG BANYAK BERJASA

Kesan cat tidak berkualiti di bonet depan.
Mesin jentera ni kami panggil Waktom. Kenapa WAKTOM? Macam nama jawa je....
Sejak jadi kenderaan rasmi pada 2010, 2 kali Waktom eksiden. Yang paling teruk pada 2013. Boleh baca kisahnya di sini. Kali kedua eksiden melibatkan bahagian depan. Bonet kemek dan terangkat. Rupa-rupanya melibatkan radiator alami kebocoran. Tapi kesannya ambil masa lama jugak baru ketara. Jadi, cuma repair bonet je la. ganti bonet baru dan cat baru. Ingatkan cat ok, sampai masanya jadi berbelak. Kuangajo punye bengkel, buat keje nak nipu je. Kualiti cat menghampakan. akhirnya jadilah macam kt gambar atas tu. Sampai tertanggal cat. Bertompok tompok. tu le pasal nama dia Waktom.... tompok tompok....





Family time: Kita main sabun!




Habis kuyup semua.

Lepas make over. Front bumper pulak takde. Nampak gonjeng je.

Minggu-minggu terakhir khidmat Waktom untuk kami sekeluarga.
Sebenarnya, lepas eksiden teruk pada tahun 2013 tu, banyak juga kos membela dan membaikpulih Waktom ni. Macam-macam hal. Ada je yang nak kene repair. Tak kisahla... pasal tayar la, drive shaft la, radiator la, motor fan la, aircond la, alternator la, battery pun iye jugak. Pernah juga buka enjin bengkel kata piston punya hal. Pengalaman berhenti tepi jalan tu banyak kali. Wife pun dah naik fedup. Kesian kat anak2 yang kepanasan masa tu. Sekarang ni kalau nampak kereta rosak tepi jalan, rasa kesian sangat. Selalu doa semoga Allah permudahkan urusan diaorang.

Disebabkan eksiden tu juga lah nilai semasa Waktom ni jadi jatuh merudum. Nak trade in tu nilainya terlalu murah. Sekarang ni kalau terfikirkan balik kes eksiden tu... rasa nak tomoi je driver Fortuner tu. 


Bila ada rezeki sikit pada 2015, terus rasa nak make over sket Waktom. Hantar untuk cat balik fullbody. Mujurlah tokei bengkel yang banyak kali repair Waktom ni dan handle urusan cat ni sudi untuk beli Waktom pada harga RM10K. Nilai tertinggi yang diterima. Kalau kat used car dalam RM7-8 ribu je. Ni semua pasal eksiden tu la. Lagi satu perangai Proton ni, suka keluarkan model sama tapi buang aksesori jadi harga jadi murah. Contohnya Persona Elegance ni harga dalam RM59K. 3-4 tahun lepas tu keluar pulak Persona SV dalam harga sekitar RM49K. Habis efek kene kat semua model Persona. 



Mileage Waktom memang tinggi. Ni je kenderaan yang ada. Gi kedai ke.. yang dekat ke yang jauh semua naik Waktom. Pernah bawak sampai ke Legoland, JB. Sampai ke Arau dan Penang. Buat trip ke Pantai Timur. Boleh baca trip kami di sini. Last sekali trip kami ke Bukit Merah. Risau jugak masa tu takut2  breakdown je. Tapi alhamdulillah.... selamat pergi dan balik.

Berikut ni gambar-gambar sebelum pergi nak ambil pengganti Waktom. Model apa dan jenama apa.... silalah scroll down....



























Lama dah survey... bila launch je model ni terus gi showroom. Buat la comparison dengan yang sekelas dengannya. Dan ternyata... ini adalah pilihan tepat kami. Pasal warna tu.... pilihan no 1 ada lah Putih. Tapi memandangkan nak dapat cepat, maroon ni yang available. OK jgk kan kaler maroon?


Bersesuaian dengan perkembangan saiz keluarga, anak2 dan 3 orang. Barang pun makin banyak nak bawa kalau balik kampung. Yang penting boleh ajak tumpangkan tetamu lain. Yang ni kan 7-seater. Kalau Waktom tu kitaorang je dah penuh.

Masih mengkalkan nombor yang sama macam Waktom.




Kesian WAKTOM yang kat seberang sana tu, dah ada pengganti.


Hello fren.... how are you?




Gambar berikut ni adalah sewaktu nak hantar Waktom kepada pemilik barunya. Rasa sebak je masa ni.





Saat sedih sewaktu nak hantar Waktom kepada owner baru.



Waktu menulis kisah ni pun ada rasa touching bila tengok gambar2 Waktom. Terkenangkan saat2 kami sekeluarga berjalan jauh, tersadai kat tepi jalan, berpanas bila aircond rosak dan macam-macam lagi. Anak-anak berkaraoke lagu2 kegemaran diaorang... Haish.... macam-macam la...

Dulu masa nak beralih daripada Saga Kereta Kebal ke Waktom pun sedih jugak. Huahuahua...

Kenangan Abadi bersama Waktom.

No comments:

Post a Comment

KEMBAR JUMPA KLON SENDIRI

Bila mana klon sendiri muncul entah dari mana, maka gunakanlah segala ilmu yang ada untuk hapuskan mereka. Kerana kita hanyalah istimewa...

Lazada Malaysia

POPULAR POSTS