Siapa yang pernah telefon stesen radio? Susah ke senang nak lepas? Nak dapat cakap dengan DJ bertugas tu berapa kali try? Biasanya kalau call untuk join contest memang susah, Line busy la.. engaged la... eh! lama tak gunakan term ni... "engaged" HAHAHAHA!
Nak recall sket... throwback la sikit kisah call radio ni.
REDIFFUSION FM: Cinta Antara Benua
1. Zaman matrikulasi tahun 1997 kalau tak silap. Drama "Cinta Antara Benua" terbitan Kuasatek Pictures tengah meletop. Arni Nazira yang naynyi lagu tema drama tu pun tengah popular. Guna public phone je masa ni call radio Rediffusion FM. Sekarang dah takde dah radio ni. Makanya.... dapatlah bercakap dengan Arni Nazira waktu tu. Tapi tak rakam sebab tak ada walkman. Zaman ni mana ada smartphone lagi.
Kau Yang Bernama Seri - Handy Black
2. Kali kedua masa ni tengah dalam kereta. My good friend Fadzli yang drive. Stesen radio mana dah tak ingat. Tapi masa ni kumpulan rock Handy Black tengah meletop dengan lagu "Kau Yang Bernama Seri". Tak sangka pulak bole get thru masa tu. Bila DJ tanya nak cakap ngan siapa antara ahli Handy Black... aku beri jawapan selamat sebab tak kenal nama diaorang. Hahahahaha... " Saya nak cakap dengan vokalis, boleh?" Maka si Zul le yang cakap. Bijak kan? hehehe..
Soalan apa yang ditanya.... ah sudah! bukan plan pun nak tanya soalan apa tadi. Just try je call, dapat pulak. Makanya.... "Rasa-rasanya lagu Kau Yang Bernama Seri ni nanti ada sambungannya ke tidak?" Ini lah soalan yang terlintas difikiran waktu tu. Apa dia jawab aku dah tak ingat dah.
Hot FM: Bulasi Pak
3. Yang ni call ke Hot FM rasanya. Dapat cakap dengan DJ masa tu Kieran Jakiran. Topik masa tu pasal salah faham. Orang cakap lain, dia faham lain. Aku buka kisah zaman form 5 masa kelas subjek Bahasa Arab. Kami bagitau Ustaz supaya dapat peluang menonton filem Jurassic Park kat bilik sumber. Tapi Ustaz dengan Bulasi pak (sebutan Bola Sepak ikut slang Arab). Maka esoknya kami sekelas main bola sepak kat gelanggang bola keranjang. Sambil belajar position dalam bola sepak orang arab sebut apa. Contohnya, Penjaga Gol ialah Harisul Marma. Yang ni dapat rekod guna telefon Nokia sebab dah ada fungsi Voice Recorder.
Kool FM: Kisah Nama Panjang
Yang terkini.... Kool FM pulak. Hehehehe... Korang dengar sendiri lah video kat atas tu. Panjang lebor nak bercakap. DJ pun susah nak cari ruang nak mencelah. Kisah bagi nama anak kembar ni ada dikongsi kat entry sebelum ni. Sila baca di SINI
No comments:
Post a Comment