Tuesday, September 21, 2010

DULU BER2 KINI BER4.. RAYA, RAYA, RAYA!!!!

Aidilfitri 2010 kami sambut di rumah bapa saudara isteri di Titi Gantung, Bota Kiri, Perak. Pagi Rabu 8 Sept 2010 kami bertolak dari KL dengan muatan fully loaded bukan hanya di bonet, malahan tempat letak kaki seat depan dan belakang. Boleh kata memaksimumkan penggunaan ruang yang ada. Keluar rumah dalam pukul 7.45 pagi tapi terpaksa patah balik sebab lupa nak buang sampah, alamat berbau busuk dan berulat le nanti tu. So terpaksa la buat u-turn dan settle hal sampah dulu. Dalam pukul 8.00 pagi perjalanan terus ke klinik untuk amik ubat anak sebab batuk dan berkahak. Dalam pukul 9 pagi perjalanan bermula dari klinik Taman Melawati menuju ke Bota. Perjalanan lancar walaupun di setiap hentian tu nampak banyak kenderaan berhenti. Kami pun rehat sejenak di Hentian Tanjung Malim. Bagi anak2 makan dan tukar pampers.

Nak gerak semula, Imtinan dah lalok lepas kenyang makan dan minum susu.

Iftinan bersama little dumbellnye.


Imtinan yang manja ngan mummy.

Perjalanan balik kampung aku paling selesa ikut highway PLUS. Alhamdulillah, dalam pukul 1 tgh aku sampai ke destinasi. Nak kata letih tu tak le sangat, sebab naik kereta baru kan... heheheheh auto transmission lagi....enjin upgrade dari 1.3cc ke 1.6cc tak terasa tekan pedal minyak... tau2 dah cecah 120km/j. Harap2 xdelah speedtrap.Abah, mak dan Iwan dah sampai kg semalam lagi. Anyah n Abg Azmir akan menyusul kemudian. Tapi, Along n famili akan beraya di Klang dulu.

Posing dulu sebelum pegi solat sunat hari raya.

Tema tahun ni: kuning.....

Nampak kereta baru kat belakang tu? Hehehehe... berkilat walaupon tak sempat gi carwash.

Mummy bersama puteri kesayangannya... Siti Nur Iftinan Az Zahrah. Siap berbaju kurung dan tudung karektor Pooh lagi tu....

Putera sorang ni masih lagi bergolek2 selepas disiapkan dengan sepersalinan raya.

Purple pulak... ni masa raya di Sg Besar, singgah umah sedara on the way balik dari Perak. Imtinan tu suka besarkan mata ke mmg mata dia besar?

Last year di lokasi yg sama, kami bergambar hanya ber2. Yang putra putri 2 nan masih dalam kandungan lagi. Tahun depan mesti dah pandai berjalan diaorg ni.

Mummy yang setia menenangkan perasaan Imtinan yang selalu kecoh. Bila dipegang, didukung camtu...suka la dia.... tapi serius lak tgk kat camera.

Si kakak Iftinan yang very camera friendly. Masa ni tengah stop kat traffic light. Daddy halakan hp ke dia and ask her to smile...seolah2 faham arahan daddy, Iftinan terus senyum.

Amboi lenanya hero ni tido.... dah penat jalan2 berhari raya, masuk je kereta, on aircond... terus lelap....

Keletihan berhari raya. Maklumla... tahun pertama beraya. Collection masyuk juge....heheheheh

Daddy dengan pose ala2 kepoyoan tak pandang kamera.

Tuesday, September 7, 2010

SALAM AIDILFITRI 2010/1431H

Begitu pantas masa berlalu, hari ini dah 27 Ramadhan, tanpa disedari Syawal makin menghampiri. Untuk kali ini, inilah sambutan hari raya yang pertama kali bersama isteri dan anak-anak. Last year beraya bersama isteri, anak2 baru 4 bulan dalam kandungan. Walaupun 3 bulan pertama my wife mengalami mabuk dan pening2 yang teruk, tapi waktu sambutan hari raya, anak2 dalam kandungan macam faham je nak bagi laluan pada si ibu untuk menikmati sambutan hari raya, menikmati juadah hari raya, Takde la pulak mabuk2, pening atau pun muntah2.

e-kad a.k.a kad raya virtual 2010
Jadi pada tahun ini, genap 7 bulan umur anak2 pada 9 Sept 2010. Kesibukan menyiapkan kelengkapan hari raya dah dimulai sebelum Ramadhan lagi. Makanya pada tahun ini tema rasmi kami sekeluarga pada 1 Syawal adalah berwarna kuning. Dan giliran sambutan kali ini adalah di Titi Gantung, Bota Kiri, Perak. Rumah pak sedara my wife yang sememangnya akan jadi port kalau balik kampung ke sana.

Kenangan raya 2009: Masih berdua...

Selepas solat sunat Hari Raya 2009

Perancangan cuti dah dibuat, cuti pun dah apply dan diluluskan untuk 8-17 Sept 2010. Lama kan? Hehheeheh...  Alhamdulillah... bolehlah atur jadual dan perjalanan untuk beraya ke rumah saudara mara. Dari Bota kami akan turun ke Tanjung Karang, kemudian ke Sg Buloh dan area Kapar, kemudian ke Sijangkang. Lepas tu barula area lain yang belum dicover. Insyaallah pelan2 nanti dapatlah ziarah keluarga. Bawak 2 anak ni lain la sket pengalamannya.

Ketupat dan lontong kegemaranku. Tahun ni nak cari kat rumah sape ye?

Rendang kerang: pergh!!! Teringat rendang kerang dan lontong Nenek Mar la plak.

Tahun ni tak dapat bonus raya, yang ada cuma extra RM500 tu je. Jadinye banyakla kene potong kos. Duit raya, bunga api, pakaian, kuih muih. Kuih kuih la rasanya yang paling byk aku cut cost. Katalog n order list sampai kat aku, aku pass je kat org lain. Ntah la, rasa x berminat lak nak beli. Nasib la sapa yg datang raya rumah nanti, aku jamu la dgn apa yang ada. Kalau biskut, biskutla.. kalau KFC, KFC la... heheheh
Untuk semua kenalan, saudara mara dan para pembaca blog ini, diucapkan selamat menyambut hari raya aidilfitri. Semoga sambutan kali ini cukup meriah dan meninggalkan seribu kenangan. Marilah kita bermaafan atas kesilapan dan keterlanjuran kata sekiranya ada. Insafkan diri kita dengan berlalunya Ramadhan dan raikan kemenangan dengan kehadiran Syawal. Teruskan aktiviti kunjung-mengunjung dan ziarah. Masa ni la nak jumpa saudara-mara dan sahabat handai. SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI... MAAF ZAHIR DAN BATIN.
Kenangan hari raya 2008: Single but not available

KEMBAR JUMPA KLON SENDIRI

Bila mana klon sendiri muncul entah dari mana, maka gunakanlah segala ilmu yang ada untuk hapuskan mereka. Kerana kita hanyalah istimewa...

Lazada Malaysia

POPULAR POSTS