Monday, June 21, 2010

AKHIRNYA.... KAU TIBA JUA: Cosatto You2 Sis/Bro Twin Stroller

Pic.1: Front view
Pic.2: Rear view
Pic.3: Folded view



Alhamdulillah syukur..... penantian selama ini telah berakhir dengan ketibaan barang yang paling dinanti-nantikan sejak bulan April lepas.Ucapan terima kasih tidak terhingga untuk Along di Kuantan atas sumbangan twin stroller ni. Juga terima kasih kepada kawan seperguruan dulu di UIA yang kini berada di Leichester, UK kerana sudi menolong menguruskan urusan pembelian dan penghantaran twin stroller ni. Thanks a lot Mr Mahyudin. Memang stroller ni tak ada jual kat Malaysia. Kami dah survey, twin stroller yang glamer kat sini brand Maclaren cecah harga RM1600 lepas tolak diskaun. Tapi alhamdulillah... kos twin stroller ni lagi murah dan yang penting kami suka dengan design dia... SIS & BRO with pink and blue colors. Cuma tempoh penghantaran la lama.... masuk kontena, naik kapal laut... kira2 6 minggu la jugak.

Beginilah keadaan packagingnya sewaktu sampai kat umah. Suppose to be delivered to our house kat Batu Muda. Tapi kami tak sabar nak tengok, sampai sanggup nak self pick up. Lagipun benda ni disimpan kat Puncak Alam bila dah settle documentation kat Port Klang. So kami mintak hantar je ke rumah di Desa Coalfields, Sg Buloh.

Umai memegang Iftinan yang excited nak tau apa ke bendenye yang besor ni...?

Daddy dengan pisau ditangan ketika hendak memulakan pembedahan.....

Hati-hati Daddy...pisau tu tajam.... jangan kasi calar aarr...

Mummy la orang yang paling happy dengan ketibaan stroller ni.

Ini adalah cosytoes. Kira macam selimut la...material dalam dia mmg lembut. Tapi tak sesuai untuk cuaca di Malaysia, panas.....

Beginilah rupanya setelah Daddy berusaha sampai berpeluh2 memasang stroller ni...

Cuba letakkan 2 orang kembar ni....suka la diaorg dengan kenderaan baru ni... Iftinan nampak steady tapi Imtinan agak serius jer....

Cuba pasang pulak selimut tu... alamak! cuma nampak muka je.... kesian abang....

Ni pulak kalau pasang both cosytoes tu... comel kan? Bila la agaknye kita nak jalan2 ye?....

Wednesday, June 16, 2010

PIALA DUNIA FIFA 2010: Bola Oh Bola...

Selepas 4 tahun, Kejohanan Bolasepak Piala Dunia FIFA 2010 kembali. Kali ini Afrika Selatan menjadi tuan rumah setelah Jerman melakukannya pada 2006 dengan menobatkan Italy sebagai juara. Selama tempoh hampir 1 bulan bermula 11 Jun lalu, kita akan disajikan dengan 64 perlawanan bolasepak daripada 32 pasukan terbaik yang mewakili benua masing-masing.
Ini merupakan trofi yang menjadi rebutan negara yang bertanding di kejohanan kali ini.

Yang ini pulak namanya ZAKUMI. Maskot bagi kejohanan tahun ini. Binatang cheetah kot... tak pasti la pulak. Maklum la, cheetah kan banyak kat negara2 Afrika.

Belanda / Holland / Dutch / Netherland : Pergh... banyak tul nama negara ni....
Sekian lamanya pasukan negara ini menjadi pilihan aku disebabkan warna jersinya yang oren. World Cup ke Euro ke... tetap ada sokongan untuk pasukan The Orenje ni. Sekarang ni suka tgk dan sokong sbb ada player Muslim dalam pasukan ini. Just to mention few of them: Khalid Boulahrouz and Ibrahim Afellay yang telah berada dalam skuad utama. Ramai lagi yang muda2 berada dalam liga Belanda, kadang2 dipanggil untuk mewakili skuad utama. Maklumla, ramai imigran dari Maghribi menetap di Belanda. Untuk info, kapten kali ini, Giovanni Christiaan van Bronckhorst merupakan pemain Belanda yang mempunyai darah keturunan Indonesia.

 Walaubagaimanpun, pasukan pilihan untuk menjadi juara edisi kali ini bagi aku adalah Sepanyol/Spain/Espana. Kalau dikaji dengan terperinci, setiap posisi dibarisi oleh pemain yang berpengalaman dan berwibawa. Mereka bermain mewakili kelab2 besar dan ternama di Eropah. Saingan mungkin datang daripada pasukan negara Brazil, Jerman, Italy dan England. Pasukan dari benua Afrika juga menampakkan saingan selain pasukan dari Asia yang dilihat menunjukkan peningkatan.
Sama-sama lah kita saksikan dan alamilah demam piala dunia yang menyebabkan mata layu ketika masuk kerja. Selamat bersengkang mata. Ala... 1 bulan jer dalam 4 tahun. heheheh

p/s: Elok jugak kalau buat tahajjud sblm game start.

Tuesday, June 8, 2010

MALAM GALA RETRO @ BUKIT MERAH LAKE TOWN RESORT

28 Mei 2010, Dewan Sebarau, Bukit Merah Lake Town Resort: Ini kali pertama aku membawa isteri dan anak-anak ke majlis rasmi anjuran majikan aku. Pertama kali jugak anak2 aku travel jauh sampai ke Bukit Merah. Alhamdulillah diaorang tak meragam sepanjang perjalanan yang memakan masa sampai 4 jam.

Imtinan dan Daddy. Imtinan toleh tengok sape tu aarrr?

Iftinan dengan gaya retro pilihan Mummy, nak ikut tema majlis katakan.

Mummy yang kontrol ayu setia menjaga putera puteri kerana Daddy agak busy malam tu. Dalam duk dukung anak, sempat lagi tarik suara lagu Seiring Jalan apabila mic dihulur.....

Kalau kurus konon nak tiru Idlan a.k.a Abang Kassim Pon Pon. Tapi bila dah tak kurus ni ada iras2 Pak Tam Raja Lawak tak?

Iftinan dah tak sabar nak pergi join Daddy kat dinner tu. Imtinan syok layan mimpi.

Ye ye ye... dah nak pegi dinner...

Saya nak tido pun tak boleh la.... kacau je...sob!sob!...huhuhu...

BERSAMBUNG untuk aksi di Taman Tema.... TUNGGU....

Friday, June 4, 2010

BELIAN DAN SHOPPING

Pakej 2 dalam 1. Steriler dan warmer.

Pelaburan untuk anak2. Set breastpump yang mudah dibawa, senang digunakan dan selesa. MEDELA freestyle Breastpump.

Comparison saiz mesin pengepam dan henfon Nokia daun. Macam saiz discman.

Medela vs. Bumble Bee

I luv Mommy je?  Mana yang luv Daddy?

Yang ni barula fair n square... Love Mommy and Daddy.


Storage bottle untuk stok susu perahan. Beli lapan dapat 2 free.

Alat permainan pertama aku beli.

JALAN JALAN CARI MAKAN - AYAM PENYET @ Wangsa Walk

Akhirnya, dapat jugak aku menikmati bagaimana rasanya Ayam Penyet. Nak compare dengan ayam bakar Wong Solo. Minat makanan Indonesia sebab citarasa Jawa yang memang menebal dalam diri aku. Kami hantar anak2 kat rumah pengasuh then terus menuju ke Wangsa Walk Wangsa Maju. Sambil tu nak cari baju untuk majlis Reunion sekolah menengah wife aku esoknye. Jumpa la jugak baju yang menepati tema putih sempena back to school.
Sedap betul air honeydew dengan butir2 hitam tu... kenyal2 tekstur dia.

My wife dengan air coklat blended yang cukuuuuuup manis!

Jemput makan.....

Tauhu, tempe, sambal belacan, timun dan kobis. Rangup, garing dan pedas... mmmm....

Ayam goreng berempah yang diketuk....

Crispy outside, juicy inside.

Alhamdulillah.... kenyang. yang tinggal hanya tulang. Yang ini ayam goreng, kalau Wong Solo tu ayam bakar. Aku lagi sukakan rasa ayam bakar Wong Solo. Sana ada sambal kicap sekali. Tapi tempe kat Wong Solo lepih nipis dan small in size. Lin kali boleh la rasa lagi both, Ayam Penyet dan Ayam Bakar Wong Solo.

KEMBAR JUMPA KLON SENDIRI

Bila mana klon sendiri muncul entah dari mana, maka gunakanlah segala ilmu yang ada untuk hapuskan mereka. Kerana kita hanyalah istimewa...

Lazada Malaysia

POPULAR POSTS