Rasulullah s.a.w. bersabda bermaksud:"Sesungguhnya kamu akan diseru pada hari qiamat dengan nama-nama kamu, dan nama-nama bapa kamu, maka perindahkanlah nama-nama kamu itu."
(Riwayat Abu Daud)
Satu daripada garis panduan yang diberi oleh Islam ialah berkaitan dengan bila anak itu patut dinamakan. Ada yang mengatakan anak itu patut dinamakan pada hari kelahirannya. Ini berdasarkan kepada peristiwa di mana Nabi Muhammad s.a.w. menamakan anak Abu Usaid dengan nama al-Munzir pada hari kelahiran bayi itu.
Ada juga pandangan yang menyatakan bahawa anak itu perlu dinamakan pada hari ketujuh setelah kelahirannya. Ini berdasarkan sepotong hadis yang bermaksud, “Setiap budak tergantung kepada aqiqahnya, disembelihkan untuknya pada hari ketujuhnya dan dinamakan serta dicukurkan kepalanya.”
Jadi, berdasarkan kepada hadis-hadis Rasulullah ini, ada kelapangan dari segi masa untuk menamakan anak. Mereka boleh dinamakan pada hari kelahirannya atau pada hari ketiga selepas kelahiran. Jika masih belum dinamakan, digalakkan menamakan bayi pada hari melaksanakan aqiqah (hari ketujuh).
Dalam menamakan anak ini syarak telah menetapkan beberapa panduan untuk memilih nama anak sebagai berikut:
a. Hendaklah nama yang dipilih itu memberi pengertian dan maksud yang baik. Sehubungan dengan itu kita dilarang untuk menamakan anak-anak kita dengan nama yang buruk yang boleh menjejaskan kehormatan dan mungkin menjadi sendaan dan memalukan anak tersebut.
b. Jangan namakan anak dengan nama-nama yang khusus kepada nama Allah seperti Ahad, Ar-Rahman, Al-Khalid dan sebagainya. Sekiranya nama ini hendak diberikan kepada anak kita maka hendaklah disertai dengan nama lain di hadapannya seperti Abdul Rahman, Abdul Khalid dan sebagainya.
c. Jangan menggunakan nama yang dikaitkan dengan Abdul (hamba kepada lain dari Allah seperti Abdul Uzza (hamba berhala Uzza), Abdul Nabi (hamba kepada nabi) dan sebagainya. Ulama bersepakat mengatakan bahawa menamakan sedemikian adalah haram.
d. Elakkan dari menamakan anak dengan nama-nama orang kafir atau nama-nama yang menyerupai nama bukan Islam seperti Jon, Sally, sebagainya.
Pada 18 Februari 2010, aku pergi ke pejabat kecil Jabatan Pendaftaran Negara(JPN) di bangunan Hospital Bersalin HKL untuk mendaftarkan kelahiran dan nama anak2 aku. Setelah perbincangan, perbandingan, rujukan dan panduan serta nasihat aku cuba dapatkan daripada beberapa pihak, akhirnya kami suami isteri sepakat memutuskan nama yang sesuai bagi kedua2 anak kembar kami. Sudah lama my wife berkenan dengan nama IMTINAN & IFTINAN. Jadi aku pun cubalah reka dan padankan beberapa perkataan lagi supaya menjadi nama yang mempunyai maksud yang baik. Jadi berikut adalah nama bagi pasangan kembar anak kami:
Si kakak bernama SITI NUR IFTINAN AZ ZAHRAH manakala si abang bernama MUHAMMAD IMTINAN ZUL ADNI.
Panjang ke nama diaorang ni? Kira ok la tu… takle panjang sangat. Cuma bakal suami si kakak tu kene la fasih2kan sebutan. Maknanya? Nak tahu maksud dia. Aku cuba huraikan selpas ini.
SITI : Nama yang baik
NUR : Cahaya
IFTINAN : Yang menarik perhatian / Mengagumkan
AZ ZAHRAH : Bunga2an
MUHAMMAD : Yang terpuji
IMTINAN : Anugerah Ilahi
ZUL ADNI : Yang memiliki syurga Adni
Syurga Adni ni mak mertua aku yang cadangkan. Aku letak Zul sebagai penyambungnye. Az Zahrah ni secara harfiyahnye adalah singkatan dan gabungan nama aku dan isteri. AZ mewakili Amin Zahrin. ZAHRAH adalah gabungan nama aku, ZAHRIN + RAUDHAH, nama wife aku.Tapi tak sesuai la nak letak ZAHRAU… takde makne langsung.
Siti Nur Iftinan Az Zahrah
Muhammad Imtinan Zul Adni
No comments:
Post a Comment