Tuesday, March 2, 2010

THE JOURNEY : FROM WOMB TO HOME

Selepas anak2 kembar aku lahir, mereka ditempatkan di Wad NICU, Tingkat 2 Hospital Bersalin HKL. Wife pulak masih berada di wad 3A. Jadi, setiap hari aku akan datang dan bawa wife naik kerusi roda untuk tengok anak2 kami. Kerap kami jumpa doctor dan nurse tanya perkembangan kesihatan mereka. My wife dah boleh perah susu badan guna mesin yang pihak hospital sediakan.


Pada hari Khamis 11 Feb 2010 lepas makan mlm barulah wad kelas 1 ada kekosongan. Jadi, petang tu jgk my wife transfer ke tingkat 4, bilik wad kelas 1, 4 orang 1 bilik. Ok la, daripada berdua je sebilik, sunyi plak nanti. Anak2 masih di NICU, tapi keadaan makin stabil. Yang baby boy dah tak perlukan alat bantuan pernafasan but still in the incubator. The girl dah tak perlu letak dalam incubator, just dalam troli biasa tu. Tapi letak bawah sinar UV, nak elakkan jaundis (demam kuning). Waktu ni, wife try bagi yang girl tu menyusu badan. Alhamdulillah…. Dalam perlahan2 pandai jugak anak dara aku ni menyusu.

Pada 13 Feb 2010, aku dapat call dari wife sebab baby dah boleh keluar dari NICU. Tapi kene transfer ke Wad KK8, Institut Pedriatik HKL. (Bangunan lain, ikut pintu masuk dari Kg. Baru dan Stadium Kg Baru). Nurse pun siap2kan lah anak kembar aku ni… bedung elok2 dan letak kat twin stroller Maclaren. Comel lak aku tgk…. Nyenyak je diaorg ni tido. Family wife aku, Anyah & Abg Azmir , Iwan, Mak & Abah semua terus tunggu kat Institut Pedriatik. Diaorang semua tak tgk lagi camne rupa anak2 aku ni. So, ini le peluang yang ada. Setelah hampir 2 jam tunggu, akhirnya anak2 dan my wife sampai ke Institut Pedriatik menaiki ambulans. Ramai la yang escort kembar tu ke wad KK8.
Dalam stroller GRACO sebelum dipindahkan ke Maclaren Twin Techno

Neem dan Bella melawat Mummy and our babies.

Anyah n Hubby datang bersama Ayahcu.


Wad KK8 ni hanya untuk ibu dan anak2 sahaja. Bapa cuma boleh melawat sehingga jam 10 mlm, itu pun kene ada pas khas dari wad. Suasana wad ni macam kelas 3. Semua kene buat sendiri. Nurse akan bantu sikit2 je, tu pun kalau dah kene sound atau kene tegur. So kesian kat wife aku. Dah le dapat bilik paling hujung, jauh kalau nak panggil nurse untuk tolong apa2. Kipas dinding lak dah rosak tak mau pusing kanan kiri, arah sehala je….tapi bukan kearah katil isteri aku lak tu. Nak ambil air panas atau air suam, kene pergi ke station khas. Nak mandikan bayi, ambil baju bayi, kain bedung dan hantar kain kotor semuanya kat pintu masuk, ada la dalam 30 meter kot. Kalau orang sihat macam kita takpe la. Ni wife aku yang masih dalam pantang nak bergerak ulangalik, jauh gak tu.

Aku terus beri semangat pada my wife untuk bertahan kat wad KK8 sementara tunggu berat baby girl naik. Medical Officer tu kata kene tunggu sampai 1.8 kg baru boleh balik umah. Sepanjang di sana, anak2 aku sentiasa di pantau suhu badannya, jaundisnya, beratnya, penyusuan dan perkumuhan. Dan untuk tempoh tu jugak la aku sentiasa datang setiap hari tolong temankan isteri, bantu dia apa yang mampu. Dalam keadaan anak yang masih kecil dan ringan, aku gagahkan jugak beranikan diri untuk uruskan tukar pampers dan suapkan susu badan yang telah diperah. Sasaran aku cuma 1, berat badan anak aku naik dan cepat2 boleh balik. Sepanjang tempoh tu jugak la kakak ipar aku sekeluarga bersama anak2nya yang comel, Neem dan Bella datang melawat. Adik aku, Alias pun ada singgah kejap. Anyah n hubby ada datang jgk. Tapi sekadar tgk dari luar gril besi je la. Pelawat tak dibenarkan masuk.

Setelah berusaha dengan penuh sabar untuk anak2 aku naikkan berat badan, akhirnya pada 19 Feb 2010, doktor pakar benarkan anak2 dan isteri aku balik ke rumah setelah berat baby girl mencecah 1.75 kg dan baby boy 1.99 kg. Lebih kurang jam 6 petang kami semua tiba di Desa Coalfields. Abah yang drive, Iwan tolong angkat barang. Aku pegang baby boy while wife pegang baby girl. Selamat pulang ke rumah untuk isteri dan anak2ku.

No comments:

Post a Comment

KEMBAR JUMPA KLON SENDIRI

Bila mana klon sendiri muncul entah dari mana, maka gunakanlah segala ilmu yang ada untuk hapuskan mereka. Kerana kita hanyalah istimewa...

Lazada Malaysia

POPULAR POSTS