Wednesday, March 31, 2010

LAGI TENTANG MEREKA, IFTINAN & IMTINAN

Alhamdulillah, setelah lama tak menulis akhirnya ku gagahkan jua untuk mencoretkan sesuatu. Ini pun time kat office, mata tengah rabak mengantuk. Untuk elakkan rasa ngantuk, aku cuba la buat entry baru. Apa tajuk nak tulis pun tak tahu. Lately ni sibuk sikit. Belek2 pics kat dalam hp, akhirnya aku decide nak upload gambar2 anak2 yang terkini. Sekarang ni diaorg dah makin berat, maklumlah, fully breastfeed. Makan vitamin lagi. Last time timbang masa 1 bulan: IFTINAN @ 2.3kg dan IMTINAN @ 2.7kg. Now, belum sampai 2 bulan, berat diaorang ialah: IFTINAN @ 3.1kg dan IMTINAN @ 3.6kg. Patutla aku cepat rasa lenguh bila gendong diaorang.

Dah nama pun twin: gaya tidur pun sama jugak. Iftinan kene pakai sarung tangan sebab suka cakar muka.

Imtinan bergaya dengan set baju Mickey glow in the dark. Thanks to Umai & Walid. Bantal adalah ikhsan pinjaman oleh Neem & Bella.

Iftinan yang semakin chubby di pipi bergaya dengan set baju Minnie. Thanks again to Umai & Walid. Ada double chin jugak. Bantal juga dari Neem & Bella.

Akhirnya, berjaya juga daddy dapatkan dimple pillow untuk twin kesayangan daddy n mummy. Imtinan dengan design crown, ala-ala anak raja gitu. Iftinan pulak looks cute with bee design pillow. Tapi ada ke bee warna pink? Demi menyesuaikan design untuk girl baby. Romper GAP adalah sumbangan Aunty Sheila, Uncle Epul & Adli 'Pau Kacang' (gelaran mummy untuk anak kawan baik dia)

Lena diulit mimpi indah. Kadang2 tersenyum, main2 dengan uri kot.....
Mana satu yang macam Sinchan? Mana satu macam Himawari (adik Sinchan)? Heheheheh....

Wednesday, March 10, 2010

EKSKLUSIF!!! GAMBAR2 ANAK KEMBAR KAMI.

Imtinan dalam baby carrier. Thanks to Shainy dan Ijan.

Imtinan dan Iftinan yang menguap.

Love Mickey & Minnie Pillow from Umai & Walid.

Iftinan nampak steady jer dalam carrier ni.

Apa yang kagum sangat sampai terlopong tu, Iftinan?

Mummy yang dah semakin slim, heheheheh....

Daddy pulak dah semakin lebar, hahahaha...

Keluarga bahgia... tapi dimana Iftinan?

Tuesday, March 2, 2010

MENAMAKAN ANAK : MASYHURKAN KE SEANTERO DUNIA

Di dalam Islam, kita dianjurkan supaya memilih nama-nama yang baik untuk dinamakan kepada anak-anak kita. Ini kerana nama itu akanmenjadi pengenalan dan panggilan kepada anak kita seterusnya melambangkan dan membezakan antara kita dengan orang lain lebih-lebih lagi antara Muslim dengan bukan Muslim.



Rasulullah s.a.w. bersabda bermaksud:"Sesungguhnya kamu akan diseru pada hari qiamat dengan nama-nama kamu, dan nama-nama bapa kamu, maka perindahkanlah nama-nama kamu itu."

(Riwayat Abu Daud)


Satu daripada garis panduan yang diberi oleh Islam ialah berkaitan dengan bila anak itu patut dinamakan. Ada yang mengatakan anak itu patut dinamakan pada hari kelahirannya. Ini berdasarkan kepada peristiwa di mana Nabi Muhammad s.a.w. menamakan anak Abu Usaid dengan nama al-Munzir pada hari kelahiran bayi itu.


Ada juga pandangan yang menyatakan bahawa anak itu perlu dinamakan pada hari ketujuh setelah kelahirannya. Ini berdasarkan sepotong hadis yang bermaksud, “Setiap budak tergantung kepada aqiqahnya, disembelihkan untuknya pada hari ketujuhnya dan dinamakan serta dicukurkan kepalanya.”


Jadi, berdasarkan kepada hadis-hadis Rasulullah ini, ada kelapangan dari segi masa untuk menamakan anak. Mereka boleh dinamakan pada hari kelahirannya atau pada hari ketiga selepas kelahiran. Jika masih belum dinamakan, digalakkan menamakan bayi pada hari melaksanakan aqiqah (hari ketujuh).

Dalam menamakan anak ini syarak telah menetapkan beberapa panduan untuk memilih nama anak sebagai berikut:


a. Hendaklah nama yang dipilih itu memberi pengertian dan maksud yang baik. Sehubungan dengan itu kita dilarang untuk menamakan anak-anak kita dengan nama yang buruk yang boleh menjejaskan kehormatan dan mungkin menjadi sendaan dan memalukan anak tersebut.


b. Jangan namakan anak dengan nama-nama yang khusus kepada nama Allah seperti Ahad, Ar-Rahman, Al-Khalid dan sebagainya. Sekiranya nama ini hendak diberikan kepada anak kita maka hendaklah disertai dengan nama lain di hadapannya seperti Abdul Rahman, Abdul Khalid dan sebagainya.


c. Jangan menggunakan nama yang dikaitkan dengan Abdul (hamba kepada lain dari Allah seperti Abdul Uzza (hamba berhala Uzza), Abdul Nabi (hamba kepada nabi) dan sebagainya. Ulama bersepakat mengatakan bahawa menamakan sedemikian adalah haram.


d. Elakkan dari menamakan anak dengan nama-nama orang kafir atau nama-nama yang menyerupai nama bukan Islam seperti Jon, Sally, sebagainya.

Pada 18 Februari 2010, aku pergi ke pejabat kecil Jabatan Pendaftaran Negara(JPN) di bangunan Hospital Bersalin HKL untuk mendaftarkan kelahiran dan nama anak2 aku. Setelah perbincangan, perbandingan, rujukan dan panduan serta nasihat aku cuba dapatkan daripada beberapa pihak, akhirnya kami suami isteri sepakat memutuskan nama yang sesuai bagi kedua2 anak kembar kami. Sudah lama my wife berkenan dengan nama IMTINAN & IFTINAN. Jadi aku pun cubalah reka dan padankan beberapa perkataan lagi supaya menjadi nama yang mempunyai maksud yang baik. Jadi berikut adalah nama bagi pasangan kembar anak kami:

Si kakak bernama SITI NUR IFTINAN AZ ZAHRAH manakala si abang bernama MUHAMMAD IMTINAN ZUL ADNI.

Panjang ke nama diaorang ni? Kira ok la tu… takle panjang sangat. Cuma bakal suami si kakak tu kene la fasih2kan sebutan. Maknanya? Nak tahu maksud dia. Aku cuba huraikan selpas ini.

SITI : Nama yang baik
NUR : Cahaya
IFTINAN : Yang menarik perhatian / Mengagumkan
AZ ZAHRAH : Bunga2an

MUHAMMAD : Yang terpuji
IMTINAN : Anugerah Ilahi
ZUL ADNI : Yang memiliki syurga Adni

Syurga Adni ni mak mertua aku yang cadangkan. Aku letak Zul sebagai penyambungnye. Az Zahrah ni secara harfiyahnye adalah singkatan dan gabungan nama aku dan isteri. AZ mewakili Amin Zahrin. ZAHRAH adalah gabungan nama aku, ZAHRIN + RAUDHAH, nama wife aku.Tapi tak sesuai la nak letak ZAHRAU… takde makne langsung.

Siti Nur Iftinan Az Zahrah


Muhammad Imtinan Zul Adni

Semoga dengan pemberian nama tersebut akan menambahkan lagi seri dan keberkatan bagi mereka. Panggilan mesra untuk mereka adalah IFTINAN dan IMTINAN. Cuma kadang2 kalau terconfuse, kami panggil kakak dan abang. Tapi anak buah kami yang kat Kuantan si Tasneem tu gelarkan diaorang DUA NAN. Lawak tul la Neem ni….

THE JOURNEY : FROM WOMB TO HOME

Selepas anak2 kembar aku lahir, mereka ditempatkan di Wad NICU, Tingkat 2 Hospital Bersalin HKL. Wife pulak masih berada di wad 3A. Jadi, setiap hari aku akan datang dan bawa wife naik kerusi roda untuk tengok anak2 kami. Kerap kami jumpa doctor dan nurse tanya perkembangan kesihatan mereka. My wife dah boleh perah susu badan guna mesin yang pihak hospital sediakan.


Pada hari Khamis 11 Feb 2010 lepas makan mlm barulah wad kelas 1 ada kekosongan. Jadi, petang tu jgk my wife transfer ke tingkat 4, bilik wad kelas 1, 4 orang 1 bilik. Ok la, daripada berdua je sebilik, sunyi plak nanti. Anak2 masih di NICU, tapi keadaan makin stabil. Yang baby boy dah tak perlukan alat bantuan pernafasan but still in the incubator. The girl dah tak perlu letak dalam incubator, just dalam troli biasa tu. Tapi letak bawah sinar UV, nak elakkan jaundis (demam kuning). Waktu ni, wife try bagi yang girl tu menyusu badan. Alhamdulillah…. Dalam perlahan2 pandai jugak anak dara aku ni menyusu.

Pada 13 Feb 2010, aku dapat call dari wife sebab baby dah boleh keluar dari NICU. Tapi kene transfer ke Wad KK8, Institut Pedriatik HKL. (Bangunan lain, ikut pintu masuk dari Kg. Baru dan Stadium Kg Baru). Nurse pun siap2kan lah anak kembar aku ni… bedung elok2 dan letak kat twin stroller Maclaren. Comel lak aku tgk…. Nyenyak je diaorg ni tido. Family wife aku, Anyah & Abg Azmir , Iwan, Mak & Abah semua terus tunggu kat Institut Pedriatik. Diaorang semua tak tgk lagi camne rupa anak2 aku ni. So, ini le peluang yang ada. Setelah hampir 2 jam tunggu, akhirnya anak2 dan my wife sampai ke Institut Pedriatik menaiki ambulans. Ramai la yang escort kembar tu ke wad KK8.
Dalam stroller GRACO sebelum dipindahkan ke Maclaren Twin Techno

Neem dan Bella melawat Mummy and our babies.

Anyah n Hubby datang bersama Ayahcu.


Wad KK8 ni hanya untuk ibu dan anak2 sahaja. Bapa cuma boleh melawat sehingga jam 10 mlm, itu pun kene ada pas khas dari wad. Suasana wad ni macam kelas 3. Semua kene buat sendiri. Nurse akan bantu sikit2 je, tu pun kalau dah kene sound atau kene tegur. So kesian kat wife aku. Dah le dapat bilik paling hujung, jauh kalau nak panggil nurse untuk tolong apa2. Kipas dinding lak dah rosak tak mau pusing kanan kiri, arah sehala je….tapi bukan kearah katil isteri aku lak tu. Nak ambil air panas atau air suam, kene pergi ke station khas. Nak mandikan bayi, ambil baju bayi, kain bedung dan hantar kain kotor semuanya kat pintu masuk, ada la dalam 30 meter kot. Kalau orang sihat macam kita takpe la. Ni wife aku yang masih dalam pantang nak bergerak ulangalik, jauh gak tu.

Aku terus beri semangat pada my wife untuk bertahan kat wad KK8 sementara tunggu berat baby girl naik. Medical Officer tu kata kene tunggu sampai 1.8 kg baru boleh balik umah. Sepanjang di sana, anak2 aku sentiasa di pantau suhu badannya, jaundisnya, beratnya, penyusuan dan perkumuhan. Dan untuk tempoh tu jugak la aku sentiasa datang setiap hari tolong temankan isteri, bantu dia apa yang mampu. Dalam keadaan anak yang masih kecil dan ringan, aku gagahkan jugak beranikan diri untuk uruskan tukar pampers dan suapkan susu badan yang telah diperah. Sasaran aku cuma 1, berat badan anak aku naik dan cepat2 boleh balik. Sepanjang tempoh tu jugak la kakak ipar aku sekeluarga bersama anak2nya yang comel, Neem dan Bella datang melawat. Adik aku, Alias pun ada singgah kejap. Anyah n hubby ada datang jgk. Tapi sekadar tgk dari luar gril besi je la. Pelawat tak dibenarkan masuk.

Setelah berusaha dengan penuh sabar untuk anak2 aku naikkan berat badan, akhirnya pada 19 Feb 2010, doktor pakar benarkan anak2 dan isteri aku balik ke rumah setelah berat baby girl mencecah 1.75 kg dan baby boy 1.99 kg. Lebih kurang jam 6 petang kami semua tiba di Desa Coalfields. Abah yang drive, Iwan tolong angkat barang. Aku pegang baby boy while wife pegang baby girl. Selamat pulang ke rumah untuk isteri dan anak2ku.

KEMBAR JUMPA KLON SENDIRI

Bila mana klon sendiri muncul entah dari mana, maka gunakanlah segala ilmu yang ada untuk hapuskan mereka. Kerana kita hanyalah istimewa...

Lazada Malaysia

POPULAR POSTS