Assalamualaikum dan salam sejahtera. Ucapan Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha ditujukan kepada semua Muslimin dan Muslimat. Tahun ini merupakan sambutan Aidil Adha yang pertama bagi aku sebagai seorang suami. Dan yang lebih menggembirakan lagi apabila isteri tercinta kini sudah masuk 22 minggu mengandungkan pasangan kembar anak kami. Sempat la shopping jubah raya untuk isteri kerana dah tak muat dah nak pakai baju kurung. Nasib baik jumpa kat Sogo KL.
Lepas solat raya kami makan ramai2.... mmm... kenyang... Then sambung lak ngan acara berposing. Acara wajib. Perasan la konon wat posing time penyingkiran Sehati Berdansa. Tasneem dan Salsabyla pun sibuk nak interframe jugak. Yang lelaki cuma aku ngan abah je pakai baju melayu siap bersampin. Yang lain berjubah.
Tasneem dengan gaya Ustaz Rock....
Raya AidilAdha jatuh hari Jumaat. Lepas solat Jumaat aku layan tido.... dah le cuaca panas. Sedar2 dah pukul 3 petang. Sempat la jugak nak balik kg, jumpa mak2 sedara aku yang dah lama tak jumpa. Merasa le aku makan rendang kerang, lontong, ketupat dan jugak sup gearbox. Pergh.... siap ngan perut dan kaki lembu.... Makan/hirup sup panas2 dengan bubuh sikit sambal kicap. Memang nikmat.
Esoknya pulak buat BBQ. 2 ekor daging ayam aku dah perap malam tadi. Separuh marinate ala ayam madu, separuh lagi marinate BBQ. Tapi dugaan sungguh nak buat bara. Tak jadi saje... angin punya la kuat sampai terpadam api. So, tak sempat nak jadi bara, dah padam. Pegi cari minyak tanah kat kedai pun takde. At last aku guna tiub getah tayar motor. Mintak kat kedai motor sebelah kedai runcit yang takde jual minyak tanah.
Nasib baik kali ni bukan aku buat sorang. Bila agak2 tak sempat nak siap bakar masa lunch, aku terpaksa gunakan plan B. Ayam madu aku masak guna dapur elektrik convection mak mertua aku punye. Confirm dalam 40 minit siap!! Cuma daging je biarkan di bakar atas arang. Tapi bila dah masak.... Ya Allah... liat yang amat. Sesuai untuk senaman rahang.