Tuesday, April 20, 2010

POSTER KANVAS

Setelah sekian lama mencari kat mana tempat yang boleh buat poster macam ni, akhirnya.... aku berjaya!! Dah lama kami berangan nak buat poster mcm ni. Macam gambar kat muzium atau galeri.Tapi bila survey kat internet, harga mak aih.... mahal yang amat. Rasa belum mampu nak tempah. Thanks to my fren yang memperkenalkan servis buat poster canvas ni pada harga yang aku boleh kata sebagai berpatutan.

Actually, aku buat poster ni khas untuk isteri tercinta sebagai hadiah kerana telah berjaya melalui saat pregnancy dan melahirkan anak kembar. Memberikan kami keceriaan dengan kehadiran kembar yang comel. Tanda terima kasih dan tahniah buat isteri dari suami yang serba kekurangan ini.


Ada cerita disebalik penghadiahan poster ni. Aku tempah secara rahsia tanpa pengetahuan isteri. On the day aku terima poster ni, wife ada beli majalah Pa&Ma terbaru. Kata dia kat dalam majalah tu ada promo dan diskaun sempena Hari Ibu dari company yang buat poster kanvas mcm ni. Beria2 dia cadangkan supaya aku buat la tempahan, as a present for Mother's Day. Aku diam mengiyekan je... padahal poster dah siap, ada kat dalam bonet kereta. Macam tau2 je wife aku ni.... So bila aku tunjuk je, memang dia suka. Takut jugak, kot2 tak suka ke... salah pilih gambar ke... Tapi ada orang yang kata bila dah siap poster tu, ada mirip2 Ziana Zain. Betul ke? Kalau sama apa salahnya.... Ziana Zain pun dapat anak kembar boy n girl, sama macam wife aku. Nama suami Ziana pun dekat2 nama aku jgk. Armin Zaharin dengan Amin Zahrin, kan ke nak sama tu!

Dah tempah untuk isteri, nak jugak untuk diri sendiri pulak. Hahahaha.... So aku bagi le kat designer/artist tu untuk edit gambar aku. So this is the original picture. Dressing dengan baju jepun dan pedang samurai kayu. Aku mintak kat designer tu untuk jadikan pedang tu real ataupun buat macam lightsaber Star Wars. Dan hasilnya tengok la kat bawah ni. Siap ngan bayang2 pantulan imej lagi kat pedang tu! Kalau tengok live macam real beb!!!Editing superb.
Material kanvas ni bagus. Kalau gantung kat dinding, tengok dari belah sisi mana pun, tetap tak ada silau cahaya atau lampu. Gambar nampak lebih real. Nk maintain pun senang, walaupun tak pakai cermin macam frame gambar biasa, benda ni boleh lap ngan kain kalau berhabuk sangat. So kalau ada sapa2 nak tempah poster macam ni. Boleh contact aku.

No comments:

Post a Comment

KEMBAR JUMPA KLON SENDIRI

Bila mana klon sendiri muncul entah dari mana, maka gunakanlah segala ilmu yang ada untuk hapuskan mereka. Kerana kita hanyalah istimewa...

Lazada Malaysia

POPULAR POSTS