Sunday, February 14, 2010

SAAT KUNANTIKAN: KELAHIRAN CAHAYAMATAKU

Alhamdulillah syukur kehadrat Ilahi kerana telah mengurniakan kepada kami sepasang anak kembar pada 9 Feb 2010 yang lalu. Menceritakan detik-detik cemas (dan gabra sbnrnya... maklumla first time), aku nak kongsikan dengan semua pembaca.




8 Feb 2010 (Isnin)

Aku macam biasa pergi kerja. Cuma lepas Zohor (lepas take a nap sbb x lunch) kepala aku rasa sakit menangkap betul. Nyut... nyut... rasanya. Aku pun pergi ke Klinik Idzham Pandan Jaya. Check BP, 140/90, doktor bagi ubat ponstant dan time slip. Malas nak mintak MC sbb dah separuh hari kerja. Tapi, aku apply cuti rehat untuk esok. Nak rest dan settle bbrp perkara.

Malam tu, kakak ipar, Anyah n hubby datang ke rumah. Saja borak2 pasal diaorg nak pergi Umrah Mac depan. Anyah harap sangat wife aku bersalin sebelum dia pergi umrah. Kami perasan, ada satu masa tu wife aku berjalan punyala laju menghala ke toilet. Nak terkucil katanya....



9 Feb 2010 (Selasa)



00.00 : Dalam pukul 12 tgh mlm wife aku terjaga nak buang air kecil lagi. Lepas tu sambung tido. Memang lately selalu 2-3 kali bangun malam nak buang air.



02.00 : Sekali lagi wife aku terjaga, termasuk la aku sekali. Kemudian wife panggil aku dari dalam toilet. Katanya ada rasa air hangat keluar tapi bukan air kencing. Lepas cuci, masuk bilik, pun masih ada lagi. Apa lagi... cemas la terus kami berdua. Kandungan baru 33 minggu bersamaan 8 bulan 1 minggu. Mak mertua aku advice terus pegi hospital.



02.45 : Sampai kat Hospital Bersalin HKL. Aku tengok wife aku dah lencun dah. Tak tau la seat kereta aku camne sebab aku lapik ngan kain pelikat je. Dingdong2 lebih kurang pukul 4 pagi baru masuk ke wad 3A, kelas 2. Wife aku kene admit wad.



04.15 : Aku balik rumah terus, mata dah rabak ni. Wife terpaksa masuk wad sebab air ketuban dah pecah. Doktor cucuk ubat bagi matangkan paru-paru bayi dan hold supaya kurangkan contraction. Kesannya untuk 12 jam berikutnya.



10:00 : Aku dah sampai kat HKL tapi polis bantuan tak kasi naik sebab belum waktu melawat. Wife dah call banyak kali mintak aku naik. Nurse kat Wad 3A ni tak berapa membantu sangat. Ada la yang baik hati sebahagiannya, itu pun lepas kene remind ngan sister/matron. Aku layak ke kelas 1 tapi buat masa ni penuh. Kene la tunggu kalau2 ada yang kosong nanti baru diaorg transferkan.



11.30 : Wife aku banyak kali call tp aku tak dengar hp ni bunyi pun. Masa tu aku ada kat Hospimart, nak beli flask la kononnya. Rupa2nya mak ngan pak mertua aku pun ada call jugak. Katanya wife dah nak dibawak ke labour room. Aku pun dengan sepantas kilat, masuk lumba jalan kaki pun boleh ni. Cuma tak lari je la... mengah beb... sejak 2 menjak berat dah naik ni. Hehehehhe... Sampai2 kat tingkat 1, wife aku dah ada kat dalam bilik 2 labour room. Aku ingat nak terus bawak ke bilik bedah. Rupa-rupanya nak biarkan bersalin normal. Tak lama lepas tu nurse panggil aku masuk ke labour room. Wife kata laluan dah bukak 3 cm. Tapi doktor cuba kurangkan kontraksi. Degup jantung anak2 aku dipantau. Tapi masalahnya yang sorang ni suka gerak2 dan sensor tak dapat kesan degup jantung dia. Nadi wife aku pulak agak tinggi. Reaching 150 kekadang tu. Dia jadi gabra sebab ramai nurse dan doktor kuar masuk labour room.

Ini sambungannye....
14.00 : Wife dalam keadaan lemah sebab tak makan apa2. Doktor suruh puasa sebab standby kalau2 kene buat pembedahan. Aku masih setia menemankan isteri di labour room. Keluar Cuma untuk solat, makan dan buang air.

16.00 : Nurse bagi sekali lagi injection untuk matangkan paru2 baby. Yang pukul 4 pagi punya dah habis tempoh. Kemudian tak lama lepas tu ada sorang doktor pakar bangsa cina masuk bersama beberapa doctor pelatih. Menggelabah doctor pelatih tu kene soalan maut (aku kira la… sbb macam teragak2 je dia nak jawab). Doktor explain kat aku keadaan sebenar. Kenapa pihak hospital tak bedah je wife aku, kuarkan baby2 tu. Pada aku senang citer, wife pun tak perlu nak tahan2 sakit contraction lagi.

Sebenarnya both babies head dah menuju ke laluan nak keluar. Before this yang baby boy tu kedudukannya melintang. Kemudian dia tambah, seboleh2nya nak hold jgn bagi baby keluar, biarkan matang dalam rahim ibu. Walau one of them dah pecah ketuban, tapi diaorg masukkan air/antibiotic melalui saluran yang dicucuk kat tangan wife aku. Selagi tiada pencemaran/jangkitan kuman, baby tu akan selamat. Itu sebabnya ada alat mengesan degup jantung baby. Tapi kalau dalam tempoh another 12 hours ni tetap ada contraction dan laluan semakin terbuka, terima je la ketibaan anak2ku ke dunia ini.

18.00 : Laluan dah terbuka 6 cm. Wife aku dah betul2 lemah sebab tak makan apa2 pun. Minum setakat air mineral, air zam zam dan air selusuh yang aku bawak. Nurse terpaksa bagi satu injection untuk rehatkan my wife. Dah le lapar, tak cukup tidur lak tu. Beberapa minit lepas kene inject, wife pun lalok…. Terus tertidur. Berkesan sungguh ubat tu.

20.00 : Aku baru balik dari solat maghrib, makan malam dan belikan makanan sikit untuk isteri . Aku belikan roti coklat, air milo dan kismis. Kemudian baru dapat tahu yang nurse suruh dia makan sebab nanti tak ada tenaga nak meneran masa deliver. Aku pun baca la surah yasin sambil2 tenangkan perasaan wife yang semakin terasa sakit kerana contraction yang makin kerap. Sesekali tu terpaksa guna apa ke benda corong tu yang tutup hidung. Bantuan pernafasan campur ubat bagi lalok jugak. Aku dapat rasa yang my wife akan bersalin malam ni jugak.

23.00 : Rutin semakan laluan seperti biasa. Aku terpaksa beri laluan untuk doctor buat kerja. Rupa2nya dah bukak 8 cm. Tiba2 suasana jadi kelam kabut. Aku Nampak dari celah pintu, yang lampu macam dalam bilik bedah dah terpasang. Doktor menjerit panggil assistant, termasuk la beberapa orang nurse. Sorang nurse tu tanya samada aku nak masuk labour room atau tak. Aku perlu bagi moral support untuk isteri. Ini dah le pengalaman pertama, kandungan kembar lak tu. Tapi atas nasihat doctor bertugas, aku terpaksa tunggu kat luar. Ini kes istimewa, 1: kandungan pra matang, 2: kandungan kembar. Mereka perlu bertindak pantas dan tak mahu ramai orang sehingga sesak dalam labour room tu.

Aku punyela susah hati duduk kat luar. Rasa macam suasana drama2 melayu. Duduk bangun berjalan…. Hati gundah gulana. Mintak semuanya berjalan lancar dan dipermudahkan tanpa da sebarang masalah. Aku sms kat sedara terdekat situasi sekarang mohon semua orang sama2 mendoakan keselamatan isteri dan anak2 yang bakal lahir.

23.55 : 2 org nurse keluar menyorong troli yang ada seorang bayi dalam incubator. Dia panggil aku untuk sama2 pergi ke NICU, wad rawatan rapi untuk bayi. Alhamdulillah….. anak pertama dah selamat lahir pada jam 11.41 mlm dengan berat 1.71 kg, baby girl. Yng kedua bakal menyusul kemudian.

Sampai di NICU, aku cuci tangan. Nurse benarkan aku tgk dan sentuh anak perempuan aku. Kemudian aku azankan di telinga kanannya dan iqamah di telinga kirinya. Rasa sayu dan syahdu je… aku nak menangis je time tu. Anak pun tenang je mendengar alunan azan dan iqamah dari suara aku yang agak terketar2 kerana terlalu sebak. Lepas tu aku pergi ke wad 3A untuk ambil pampers anak2.

Sekembalinya ke NICU, aku nampak anak lelaki aku terus di bawa ke bahagian paling belakang. Itu kawasan paling intensif. Doktor kata baby boy aku ada masalah pernafasan, tak macam yang girl. Dia perlu bantuan pernafasan. Aku jadi susah hati takut apa2 berlaku pada anak aku. Kemudian baru aku perasan yang baby boy lahir pada 11.49 mlm dengan berat 2.14 kg. Rupa2nya masih pada hari yang sama.

Aku tak sempat nak tengok baby boy lagi, wife dah call dari labour room. Dia tanya, takkan nak tgk anak je, mak dia tak nak tgk ke? So aku pun bergegas le ke labour room. Terus aku cium tangan isteri, cium dahi dan pipinya. Ucapkan terima kasih dan tahniah. Isteri berjaya melahirkan anak kembar secara normal. Rupa2nya my wife time tu dah lalok2 sket sebab banyak sangat guna bantuan pernafasan masa doctor menjahit luka. Tak lama lepas tu nurse settlekan perpindahan isteri kembali ke wad. Lebih kurang dalam pukul 2 pagi semua selesai. Anak2 ada di NICU dan isteri dah kembali ke wad. Aku pulak tak boleh stay kat wad, so kene balik. Aku sampai rumah dekat2 jam 3 pagi. Lepas mandi, solat isyak terus tidur.

Begitulah serba sedikit pengalaman aku sewaktu saat2 genting hendak menjadi seorang ayah. Bukannye seorang, tapi 2 orang anak terus. Kembar tak seiras lelaki dan perempuan. Syukur sangat kepada Allah kerana mengurniakan zuriat dan anugerah yang paling berharga ini. Terima kasih kepada isteri tercinta yang sabar menghadapi cabaran tempoh mengandung seterusnya berjaya melahirkan anak2 yang paling dinantikan kehadirannya. Terima kasih kepada kaum keluarga yang sentiasa memberikan sokongan dorongan dan nasihat serta panduan sepanjang tempoh isteri mengandung.

Kini, saat yang selama ini dinanti2kan telah pun tiba. Selamat datang ke dunia ini wahai putera dan puteriku tersayang.

3 comments:

  1. tahniah bro anak dah bersalin kembar lak tu mintak murahkan rezeki.... aku plak sama dgn bro kes sama tapi belum kuar lagi hanya tunggu time gak nie doa kan kami selamat

    ReplyDelete
  2. What's next?..I think the story is hanging there??hehehehe

    ReplyDelete
  3. tq harimau belantara. semoga anak kembar kamu selamat lahir dan sihat. banyak2kan berdoa.

    ReplyDelete

KEMBAR JUMPA KLON SENDIRI

Bila mana klon sendiri muncul entah dari mana, maka gunakanlah segala ilmu yang ada untuk hapuskan mereka. Kerana kita hanyalah istimewa...

Lazada Malaysia

POPULAR POSTS