Thursday, August 6, 2015

MENJADI WARGA HILLPARK HOMES PHASE 2 KAJANG SECARA RASMI PADA 1 MEI 2015


Logo asal perumahan, Fasa 1 & 2 dah siap. Fasa 3 dah start bukak tanah.

Signage di laluan masuk utama. Ikut Bandar Teknologi Kajang atau Jalan Reko, Kajang/Bangi
 Entri lambat publish. #throwback
1 Mei 2015: Secara rasminya kami sekeluarga berpindah masuk ke rumah baru dan menjadi pemastautin HillPark Homes Fasa 2. Orang akan sebut perumahan ni di Kajang sebab jalan masuknya melalui Bandar Teknologi Kajang. Akan tetapi, kalau ikut alamat dan mukimnya, kawasan ni dah masuk daerah Semenyih. Kira lokasinya adalah dipenghujung Kajang dan Bangi, dan permulaan Semenyih. Laluan masuk samaada melalui Bandar Teknologi Kajang ataupun Jalan Reko/Bangi Seksyen 5.

Rumah dah lama beli, buat renovation sikit-sikit, beli kelengkapan sikit-sikit. Akhirnya nekad untuk pindah masuk pada 1 Mei. Sayang rasanya nak tinggalkan rumah Flat DBKL kt Batu Muda tu... banyak kenangan selama stay kat sana sejak Ogos 2008. Daripada bujang sampaila dah ada anak 3. Walaupun saiznya kecik, tapi selesa. Anak anak sentiasa didepan mata. Cuma nak la kan merasa kereta park dalam porch, depan pintu rumah, tak perlu naik lif bagai.

Urusan sekolah dan penjagaan anak anak dah disettlekan awal. Kembar 2 Nan dari awal tahun dah tukar sekolah Little Caliphs Cyberjaya. Baby Uje je pisah ngan MamaAni cukupkan sampai bulan April.

Hillpark 2 Kajang: Kerja Ubahsuai Sebelum Masuk Rumah

25 Sept 2014: Gambar gambar berikut diambil pada tarikh tersebut. Kontraktor dah siapkan kerja mengecat. Bilik anak dara kami pilih warna purple. Saje taknak pilih pink sebab nanti terlalu banyak pink. Yang bilik anak bujang tu warna biru pun ye... macam turquoise pun ye jgk. Takpe, nanti nak pasang wallpaper pulak kt bilik diaorang ni, bagi cantik lagi. Hehehehe.

Bilik atas untuk anak dara.

Bilik atas untuk anak bujang.

Dapur Basah. Dapur belum letak lagi.
Konsep warna dapur kami ialah White/Grey/Black. Gabungan ketiga2 warna untuk menampakkan lagi kemodenannya... Tiles kecik2 kat tempat masak tu beli sendiri kat Jalan Ipoh, kontraktor yang pasangkan. Harga tak ingat la. Area dekat dengan Balai Polis Sentul ada banyak jual jubin.

Sebenarnya area wet kitchen ni adalah extention yang kami buat atas area Tanah belakang rumah, 10'x20'. Dinding asal tu dijadikan kaki untuk island.

Dapur Kering

Dining area.
Area dining pun dah dicat warna Grey. Tapi aku tak puashati dengan cermin besar tu. Masa order nakkan yang saiz penuh menutup dinding tu, bukannya tinggalkan ruang atas, kiri dan kanan macam tu! Nampak pelik kan? So, aku mintak tukar, buat balik macam yang dalam order.

KEMBAR JUMPA KLON SENDIRI

Bila mana klon sendiri muncul entah dari mana, maka gunakanlah segala ilmu yang ada untuk hapuskan mereka. Kerana kita hanyalah istimewa...

Lazada Malaysia

POPULAR POSTS