Thursday, August 6, 2015

MENJADI WARGA HILLPARK HOMES PHASE 2 KAJANG SECARA RASMI PADA 1 MEI 2015


Logo asal perumahan, Fasa 1 & 2 dah siap. Fasa 3 dah start bukak tanah.

Signage di laluan masuk utama. Ikut Bandar Teknologi Kajang atau Jalan Reko, Kajang/Bangi
 Entri lambat publish. #throwback
1 Mei 2015: Secara rasminya kami sekeluarga berpindah masuk ke rumah baru dan menjadi pemastautin HillPark Homes Fasa 2. Orang akan sebut perumahan ni di Kajang sebab jalan masuknya melalui Bandar Teknologi Kajang. Akan tetapi, kalau ikut alamat dan mukimnya, kawasan ni dah masuk daerah Semenyih. Kira lokasinya adalah dipenghujung Kajang dan Bangi, dan permulaan Semenyih. Laluan masuk samaada melalui Bandar Teknologi Kajang ataupun Jalan Reko/Bangi Seksyen 5.

Rumah dah lama beli, buat renovation sikit-sikit, beli kelengkapan sikit-sikit. Akhirnya nekad untuk pindah masuk pada 1 Mei. Sayang rasanya nak tinggalkan rumah Flat DBKL kt Batu Muda tu... banyak kenangan selama stay kat sana sejak Ogos 2008. Daripada bujang sampaila dah ada anak 3. Walaupun saiznya kecik, tapi selesa. Anak anak sentiasa didepan mata. Cuma nak la kan merasa kereta park dalam porch, depan pintu rumah, tak perlu naik lif bagai.

Urusan sekolah dan penjagaan anak anak dah disettlekan awal. Kembar 2 Nan dari awal tahun dah tukar sekolah Little Caliphs Cyberjaya. Baby Uje je pisah ngan MamaAni cukupkan sampai bulan April.

Hillpark 2 Kajang: Kerja Ubahsuai Sebelum Masuk Rumah

25 Sept 2014: Gambar gambar berikut diambil pada tarikh tersebut. Kontraktor dah siapkan kerja mengecat. Bilik anak dara kami pilih warna purple. Saje taknak pilih pink sebab nanti terlalu banyak pink. Yang bilik anak bujang tu warna biru pun ye... macam turquoise pun ye jgk. Takpe, nanti nak pasang wallpaper pulak kt bilik diaorang ni, bagi cantik lagi. Hehehehe.

Bilik atas untuk anak dara.

Bilik atas untuk anak bujang.

Dapur Basah. Dapur belum letak lagi.
Konsep warna dapur kami ialah White/Grey/Black. Gabungan ketiga2 warna untuk menampakkan lagi kemodenannya... Tiles kecik2 kat tempat masak tu beli sendiri kat Jalan Ipoh, kontraktor yang pasangkan. Harga tak ingat la. Area dekat dengan Balai Polis Sentul ada banyak jual jubin.

Sebenarnya area wet kitchen ni adalah extention yang kami buat atas area Tanah belakang rumah, 10'x20'. Dinding asal tu dijadikan kaki untuk island.

Dapur Kering

Dining area.
Area dining pun dah dicat warna Grey. Tapi aku tak puashati dengan cermin besar tu. Masa order nakkan yang saiz penuh menutup dinding tu, bukannya tinggalkan ruang atas, kiri dan kanan macam tu! Nampak pelik kan? So, aku mintak tukar, buat balik macam yang dalam order.

Friday, March 13, 2015

ORICO DCH-4U 4 Port USB Wall Charger: Mudah, jimat dan berbaloi memilikinya.


Kali ini nak buat review pasal gajet yang baik ni... barang baik...is barang baik. Selalunya kalau kat rumah, mesti nak beli extention wire yang paling tidak mesti ada 3 soket. Sebabnya nak caj smartphone, iPad/Tab dan Power bank serentak kan? Tapi setiap satu tu memerlukan soket yang 3 kaki. Jadinya, setiap kali nak gi travel mesti ada bawak benda-benda ni:
1. Extention wire. (wayar mesti panjang, makan ruang beg)
2. Usb cable x 3 unit
3. Kepala soket x 3 unit (hilang kalu... xleh nak caj)
 
Jadi untuk mengatasinya, selepas google n browse kat internet, aku jumpa benda ni, Cuma gunakan 1 je soket, tapi boleh caj 4 gajet dalam satu masa. Yang bestnya, siap ada tanda, 2 usb slot untuk 5V1A, manakala lagi 2 untuk 5V2A. Yang 5V2A ni sesuai untuk gajet Apple. Kebanyakan produk yang hampir sama kadang-kadang sampai ada 6 slot USB. Akan tetapi power tu di bahagi sama rata. Siap ada notification, kalau nak caj laju gunakan hanya 3 ke 4 slot USB sahaja. Saiz yang kompak dan ringan pastinya satu kelebihan. Senang nak dibawa kemana-mana.





Tentang harga? Terbaik dari ladang... Untuk set yang ini beli online direct dari China. Bukan RM100...Bukan RM80... Cuma RM45 termasuk kos penghantaran. Ok la kan? Pada masa post ni ditulis, Aliexpress offer benda ni pada harga paling rendah USD 12.99 seunit. Kalau direct conversion ke ringgit, adala dalam RM48 (ringgit dah jatuh la...) Kat lazada pun jual RM75. Tapi kat leong.com diaorg jual sampai RM172!!

Caj power bank dan smartphone pada masa yang sama.
 

KEMBAR JUMPA KLON SENDIRI

Bila mana klon sendiri muncul entah dari mana, maka gunakanlah segala ilmu yang ada untuk hapuskan mereka. Kerana kita hanyalah istimewa...

Lazada Malaysia

POPULAR POSTS