VirtualCard SALAM AIDILFITRI 2012 dari Kami Sekeluarga. |
Pasal cuti plak, ambik 3 hari je nak bagi cukup 9 hari mulai 18 hingga 26 Ogos. Simpan cuti sebab nak guna masa hujung bulan Sept nanti. Nak g cuti2 ke Bandung pulak.
Alhamdulillah semua persiapan dah dilakukan. Yang penting baju raya. Tahun ni temanya adalah warna biru. 2 Syawal tukar kaler hijau pulak. Tak sabor nak tgk si Kakak nak pakai kebaya hijau tu.
Doakan perjalanan sepanjang cuti perayaan ni akan berjalan lancar. Semoga kami selamat sampai ke destinasi yang dituju. Kepada kaum keluarga yang menantikan kepulangan 2 Nan, kami akan tiba jua... Seronok sebab diaorang dah boleh berjalan dan berlari. Cakap pun dah macam2... mesti meriah dan kecoh nanti.
Di kesempatan ini, kami ingin mengucapkan kepada pembaca dan pengunjung blog ini semua SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI Maaf Zahir dan Batin. Semoga sambutan Aidilfitri tahun ini menjadi yang terindah buat semua. Bermaafan antara kita. Kami memohon maaf sekiranya ada sebarang salah silap, terguris kata dan salah bahasa yang sengaja atau pun tidak. Semoga berjumpa lagi Ramadhan dan Syawal yang akan datang.
Agaknya berapa banyak duit raya 2 Nan leh kumpul tahun ni?