Thursday, April 12, 2012

Jalan-jalan ke i-City

Salam everybody. Baru sempat nak upload entry terbaru even sebenarnya event ni dah berlalu agak lama. Tapi sekadar nak kongsi info dan jugak few pictures. Kali ni citer pasal lawatan ke iCity Shah Alam. Dah lama sekadar lalu je kat Federal Highway tu jeling2 je kat lampu2 yang warna warni kelihatan di waktu malam. Tapi kali ni famili Along pun join sekali.
Belah pagi kami ada sesi fotografi keluarga kat Taman Tasik Titiwangsa. Lepas lunch terus balik rumah bagi rest kat anak2 termasuk kami la, tido.... Lepas maghrib gerak ke Seksyen 7 Shah Alam. Jemput Iwan kat depan Jakel dan terus dinner kat Restoran Barra. Nasi goreng Barra sedap woooo... Roti Nan + Ayam Tandoori pun sedap jugak. Lepas tu baru konvoi masuk iCity ngan famili Along.

Menunggu giliran nak naik tren, bersama anak2. 
 Masuk iCity ni tak ada bayaran tiket, cuma bayar parking RM10 sekali masuk. Parking lot agak banyak tapi laluan kat parking berbumbung tu agak sempit. Rasanya banyak dah kereta yang tersagat kat dinding laluan parking tu. Oleh kerana kami pergi tu malam minggu, makanya agak ramai jugaklah pengunjung yang datang.
Happy family.
 Kereta satu lagi tu Naza Ria, Chor Zaliza yang drive. Dalam tu ada Along and Kawthar, Tasneem, Salsabyla, Mayah dan adiknya Rafana serta Opah diaorang. Ni gambar diaorang....
Anak2 kecil yang berani nak naik tren.
 Chor Zaliza belanja tket naik tren ni. Nasib baik beratur tak ramai sangat. Nan Kakak agak ketakutan bila mula duduk dalam tren tu.
Nan Kakak dah mula tenang.

Seriusnye Nan Abang...
 Ni la gambar keseluruhan ahli rombongan, tidak termasuk Iwan yang jadi tukang ambik gambar.
Bersama famili Chor Zaliza.
 Tak sangka pulak boleh berjumpa ngan geng kembar, Fatma Adele dan kembar 3nya yang comel2 belaka. Pernah jumpa diaorang few times masa gathering geng kembar sebelum ni.

Terjumpa lak geng kembar. 3 lagi!
 Sibuk jalan2 menikmati pemandangan lampu2 yang berkelipan selain daripada ambik gambar. Penat jugak la kene jalan kaki. 2Nan suka la dapat jalan kaki, kadang2 diaorang tak nak duduk dalam stroller. Nak dekat midnight baru kami berjalan balik ke parking.



Kak Neem memimpin tangan Nan Abang.
 Pic ni aku tak tau camne nak rotate bagi tegak, puas dah cuba adjust. Ni diaorang tengah pandang atas, tengok zirafah ke dinasour... gitu la.





Sapa yang rasa nak bagi anak2 excited tengok lampu, boleh la datang ke sini. Memang cantik2 lampu2 tu semua. Dari jauh nampak cantik sangat. Dari dekat okay la. Tapi kalau datang siang, cuma ranting2 je la.

KEMBAR JUMPA KLON SENDIRI

Bila mana klon sendiri muncul entah dari mana, maka gunakanlah segala ilmu yang ada untuk hapuskan mereka. Kerana kita hanyalah istimewa...

Lazada Malaysia

POPULAR POSTS