Friday, March 20, 2015
Friday, March 13, 2015
ORICO DCH-4U 4 Port USB Wall Charger: Mudah, jimat dan berbaloi memilikinya.
Kali ini nak buat review pasal gajet yang baik ni... barang baik...is barang baik. Selalunya kalau kat rumah, mesti nak beli extention wire yang paling tidak mesti ada 3 soket. Sebabnya nak caj smartphone, iPad/Tab dan Power bank serentak kan? Tapi setiap satu tu memerlukan soket yang 3 kaki. Jadinya, setiap kali nak gi travel mesti ada bawak benda-benda ni:
1. Extention wire. (wayar mesti panjang, makan ruang beg)
2. Usb cable x 3 unit
3. Kepala soket x 3 unit (hilang kalu... xleh nak caj)
Jadi untuk mengatasinya, selepas google n browse kat internet, aku jumpa benda ni, Cuma gunakan 1 je soket, tapi boleh caj 4 gajet dalam satu masa. Yang bestnya, siap ada tanda, 2 usb slot untuk 5V1A, manakala lagi 2 untuk 5V2A. Yang 5V2A ni sesuai untuk gajet Apple. Kebanyakan produk yang hampir sama kadang-kadang sampai ada 6 slot USB. Akan tetapi power tu di bahagi sama rata. Siap ada notification, kalau nak caj laju gunakan hanya 3 ke 4 slot USB sahaja. Saiz yang kompak dan ringan pastinya satu kelebihan. Senang nak dibawa kemana-mana.
Tentang harga? Terbaik dari ladang... Untuk set yang ini beli online direct dari China. Bukan RM100...Bukan RM80... Cuma RM45 termasuk kos penghantaran. Ok la kan? Pada masa post ni ditulis, Aliexpress offer benda ni pada harga paling rendah USD 12.99 seunit. Kalau direct conversion ke ringgit, adala dalam RM48 (ringgit dah jatuh la...) Kat lazada pun jual RM75. Tapi kat leong.com diaorg jual sampai RM172!!
Caj power bank dan smartphone pada masa yang sama. |
Subscribe to:
Posts (Atom)
KEMBAR JUMPA KLON SENDIRI
Bila mana klon sendiri muncul entah dari mana, maka gunakanlah segala ilmu yang ada untuk hapuskan mereka. Kerana kita hanyalah istimewa...
POPULAR POSTS
-
Apa lagi sebenarnya yang boleh di tambah aksesori pada kereta Proton Persona Elegance? Model yang aku beli dah siap ngan skirting keliling. ...
-
Last weekend aku pegi wedding sepupu wife kat Felda Gunung Besout 3, Trolak. Maka berjumpalah sedara mara belah mak mertua aku yang sememang...
-
23 Mac 2013, Sabtu. Oleh kerana myride si Persona Elegant masih tersadai di bengkel, mak berkongsi la kereta ke Jengka 11 untuk memenuhi je...
-
Pic.1: Front view Pic.2: Rear view Pic.3: Folded view Alhamdulillah syukur..... penantian selama ini telah berakhir dengan ketibaan baran...