Cuti sekolah cuma satu minggu, tapi kami pun jalan-jalan pun satu minggu. Bermula dari 22 Mac 2014 sehinggalah 30 Mac 2014 baru jejak kaki balik ke rumah.
Sabtu, 22 Mac 2014: KL-Kuantan
Perjalanan dimulakan dari kediaman ke rumah kakak ipar di Teluk Sisek, Kuantan, dah dekat dah ngan pantai Teluk Cempedak. Singgah dan bermalam disini. Sempat la nak bersukan di padang rumah Along yang luas tu.
Ahad, 23 Mac 2014: Kuantan-Kuala Terengganu
Kami sekeluarga memulakan jelajah Pantai Timur menuju ke Kuala Terengganu. Target nak sampai sana, terus singgah Kedai Pasar Payang. Aku ikut laluan tepi pantai la cadangnya. Tapi apasalla lama sangat nak sampai. Abang Azmir, Anyah, Iwan bawak Neem dan Bella sekali ke KT jugak. Diaorang gerak lambat, tapi bole sampai dulu.
|
Laluan perjalanan Kuantan - Kuala Terengganu |
Tapi oleh kerana ini adalah pengalaman pertama aku drive kereta masuk ke negeri Terengganu, maka perjalanan tu ambil masa dekat 5 jam! Siap berhenti-henti dan juga menukar haluan di saat akhir.
|
Selesai berbelanja di Pasar Payang. Lepas ni kami berpisah. |
Disini kami check in di Permai Hotel, Batu Buruk. Booking dah buat awal sebab ada pengalaman sebelum ni... pegi redah je time cuti sekolah hotel semua penuh kat Kuala Terenggannu ni. Lepas check in terus relak2... malam kuar untuk dinner. Area Pantai Batu Buruk je. Tengok2 kereta kuda berlampu...
|
Kami kan kembar... |
Esok paginya selepas sarapan 2 Nan terjun kolam. Sebelum tghari dah checkout. Sedia untuk meneruskan perjalanan ke Kota Bharu, Kelantan pulak.
Isnin, 24 Mac 2014: Kuala Terengganu - Kota Bharu
Sepanjang perjalanan, Waze yang membantu memberi panduan arah. Maka smartphone la yang digunakan sebagai GPS. Tapi Waze ni kan..... suka pilih jalan yang sunyi dan kurang kenderaan. Jadi, kita rasa macam tak yakin nak ikut arahan waze. Tip yg aku dapat, kalau nak elak traffic jem gunakan Waze. Kalau jalan jauh tu.... pakai Google maps je.
|
Wan Homestay |
Di Kelantan, kami tinggal di homestay je sebab murah. Boleh tido sini untuk 2 malam. Baru puashati. Wan Homestay ni aku booking awal jugak. Cari je kat internet, sure jumpa. Area Wakaf Che Yeh banyak ada homestay. Murah2 je... tapi selesa. Diaorang lelong kat pasar malam Wakaf Che Yeh tu still boleh dengar dari halaman homestay ni.
Hari pertama sampai sini dalam jam 5 petang macam tu. Landmark dia Masjid Kota. Bila sampai, call owner. Nanti ada la yang jemput guide kita ke rumah tu. Walaupun dari jjalan utama tu agak jauh ke dalam sket, tapi tak jadi masalah. Lepas Maghrib, terus kami keluar nak makan malam kt food court pasar malam Wakaf Che Yeh tu je. Peniaga pun baru nak set up gerai. Dalam kul 10:30 malam rasa nak balik dah.... esok malam datang lagi. Heheheh...
Owner homestay ni ada 3 unit bilik studio, kira macam hotel la. 1 Unit tu luas sket dalam 20ft x 20ft untuk RM 89.00 semalam. Yang kecik sket 14ft x 14ft untuk RM80.00 semalam. Bilik ada aircond, ada tv xde Astro. Ada tilam tambahan.Anak anak pun happy sebab sempat main gelongsor, buaian dan tengok lembu meragut rumput. Nak cari sarapan pun x susah, sepanjang jalan utama ada banyak gerai jual nasi berlauk, nasi kerabu dan macam2 makanan Kelantan.
Selasa, 25 Mac 2014: Nasi Ulam Cikgu-Pasar Khadijah-Rantau Panjang
Pagi Selasa dah kuar cari sarapan. Menunya nasi kerabu dan nasi berlauk. Lepas tu terus ke Bandar Kota Bharu. Tengok jam baru kul 11 pagi, Nasi Ulam Cikgu dah ramai dah orang. Ni makan tengahari ke sarapan ni? Daripada nanti nak bersesak bila orang makin ramai, terus kami duduk. Lunch awal harini. Nasi Ulam Cikgu memang best! Sedap... dan yang paling penting...Murah!
|
Panasnya..... |
Lepas makan terus jalan ke Pasar Khadijah. Saje cari kain baju raya, kain pelikat, kain batik. Bila dah penat...jom gerak ke tempat lain plak. Destinasinya.... Rantau Panjang. Panas giler kat Rantau Panjang ni... xdela menyopping sakan.. ada la t-shirt beberapa helai. Balik dari sini singgah kejap ke rumah kawan Mummy. Setiap kali datang ada je makan2 kenduri naik rumah. Lepak2 borak2 makan2...singgah ke kedai baru Pn. Hajar ... dah nak maghrib. Terpaksa la berpisah...balik ke homestay.
|
Mummy n Pn Hajar bersama anak-anak. |
Kebetulan masa dalam perjalanan balik tu ada ternampak Restoran Pelangi. Katanya kat sini ada jugak Maggi Ketam. Kami yang dah lama mencari ni... apa lagi... bagi signal, parking keta. Order maggi ketam. Nak sangat rasa.... sedap sangat kah?
Sebelum sampai ke homestay, sempat la singgah lagi sekali ke pasar malam Wakaf Che Yeh. Kali ni orang dah ramai, Kami sampai pun dalam kul 10 mlm kot... beli apa yang semalam teringin nak beli.
|
Selfie sekeluarga dulu sebelum bertolak balik ke Kuala Terengganu. |
Maka berhenti seketika untuk separuh perjalanan kami menjelajah Pantai Timur. Esok nak berpatah balik ke Kuala Terengganu. Shopping and mandi kolam lagi. So, bersambung di entry yang berikutnya.... Bye.