Ramadhan datang lagi.... Alhamdulillah syukur kehadrat Ilahi kerana diberi lagi peluang menikmati nikmat ramadhan. Bulan yang penuh dengan kerahmatan dan kebaikan. Segala ibadah akan dilipatganda pahalanya, bagaikan bonus tahunan....betapa pemurahnya Allah Taala. Kepada semua umat Islam, selamat menjalani ibadah puasa. Kepada mereka yang baru nak mula berpuasa, semoga berjaya dan cekalkan hati... (khusus untuk adik2 kita... bukan yang dah dewasa)
Tahun ini, selama aku hidup la rasanya.... pengumuman puasa telah diumumkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja yang baru iaitu, Datuk Syed Danial Syed Ahmad. Jawatan itu sebelum ini dipegang oleh Y.M Engku Tan Sri Dato Sri Ibrahim Bin Engku Ngah. So feel tu ada sikit berbeza la sebab yang lama tu dah sinonim sangat dengan pengumuman puasa dan raya sejak dari aku kecil lagi.
Tahun ini, aku berpuasa buat kali kedua sebagai seorang ayah. Anak-anak dah pandai makan macam2 cuma harap2 tak mengganggu sangat la konsentrasi untuk bersahur dan berbuka. Ini ada ucapan selamat berpuasa dari 2 Nan....
Kad ucapan Salam Ramadhan |
2 Nan dengan gaya ala panti asuhan.... |
Untuk jadual waktu berbuka dan imsak, boleh rujuk ke laman web Jakim, http://www.islam.gov.my/
Marilah kita bersama-sama mengimarahkan bulan Ramadhan dengan ibadah. Selamat mengerjakan solat terawikh. Banyakkan membaca Al-Quran dan bertadarus. Bersederhana dalam membeli juadah berbuka puasa. Nanti kalau sempat, boleh la listkan senarai Bazar Ramadhan lak...hehehhe..
Nan Kakak enjoy mendengar lagu Ramadhan Datang nyanyian Tompi.