Thursday, June 16, 2011

Makan Makan....


Anak-anak aku ni suka benor makan bubur McD dan jugak kentang goreng. Kalau dalam kereta tu, bagi la fries .... satu demi satu dikunyah. Tapi elok jugak sebab diaorang akan tenang sepanjang perjalanan. Daddy boleh memandu dengan relaks, Mummy boleh memerhati keadaan sekeliling sambil layan lagu2 di radio. Entah kenapa pada hari ni, Abang Imtinan begitu selesa pakai kain tutup kepala ala2 snowcap ni. Aku rasa dia cukup comel. Kebetulan rambut baru lepas gunting, xde dah jambul yang menutup dahi tu lagi. Apa komen korang? Ada macam rappers tak?

Aksi si kembar bersama Mummy & Daddy @ McD

Rupa-rupanya bila kami nak balik.... bersepah fries kat lantai si Imtinan taburkan. Mana tak nye.... gigit separuh, campak separuh. kesian la staf McD nak menyapu nanti. Hehehhehe.... Alhamdulillah bubur McD saiz besar diaorang berjaya habiskan. (dengan bantuan Mummy & Daddy yang telan ketulan ayamnya)

Kenapa perlu senget bila nak pose?
Soklan 1 : Bila la nak beli babychair dari IKEA tu...? Biar tertib sikit nak makan, takde la gerak sana sini.

p/s : Aku adalah peminat irama rap & hiphop suatu ketika dulu: KRU, Nico,4U2C,Vanilla Ice, Kriss Kross, MC Hammer dll.

No comments:

Post a Comment

KEMBAR JUMPA KLON SENDIRI

Bila mana klon sendiri muncul entah dari mana, maka gunakanlah segala ilmu yang ada untuk hapuskan mereka. Kerana kita hanyalah istimewa...

Lazada Malaysia

POPULAR POSTS