Showing posts with label spr. Show all posts
Showing posts with label spr. Show all posts

Wednesday, May 2, 2018

MALAYSIA MEMILIH: 9 MEI 2018 #PRU14

9 Mei 2018 merupakan tarikh penting bagi Malaysia. Pilihanraya Umum ke 14 bakal berlangsung. Rakyat Malaysia yang berdaftar akan menjalankan tanggungjawab memilih pemimpin di Parlimen dan juga Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk penggal seterusnya.
Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) sekarang dah kemaskini laman web mereka. Kali ni kita boleh buat semakan lengkap dengan nama calon yang bertanding.

 Boleh le sekarang ke alamat https://pengundi.spr.gov.my/
untuk check maklumat. Nak buat semakan awal berkaitan Calon pun boleh. 

Masukkan no kad pengenalan dan Klik butang SEMAK


Maklumat Calon Bertanding seperti kelihatan didalam kotak merah.


Pilih la dengan bijak dan wajar. Kenali dan buat lah kajian berkenaan calon-calon yang bertanding. Mereka ini yang bakal menjadi Wakil Rakyat, yang bakal membawa suara rakyat. Semoga kita diberi petunjuk dalam memilih pemimpin yang berintegriti tinggi, boleh melaksanakan tanggungjawab demi membawa kesejahteraan untuk Negeri dan Negara. Perkara baik kita teruskan, yang buruk kita benteras. 
p/s: Jangan lupa bawa IC ke Pusat Pengundian.




Wednesday, April 11, 2018

MARILAH MARI... KITA MENGUNDI


Mari tunaikan kewajipan pada negara.. Marilah mari... Kita mengundi...

Pilihanraya Umum ke 14 akan berlangsung April ini. 10 April 2018, SPR dah pun keluar kenyataan rasmi berkaitan pelaksanaan PRU14.
Berikut adalah tarikh-tarikh penting untuk perhatian kita rakyat Malaysia yang bertanggungjawab.

TARIKH KELUAR WRIT: 11 APRIL 2018 (RABU)
HARI PENAMAAN CALON : 28 APRIL 2018 (SABTU)
HARI MENGUNDI AWAL: 5 MEI 2018 (SABTU)
HARI MENGUNDI: 9 MEI 2018 (RABU)

Mana-mana yang dah cukup umur untuk mengundi tu, elok la buat semakan. Bagi yang dah mendaftar, bolehlah buat semakan melalui laman web, SMS dan juga talian telefon. 




a) Semakan melalui laman web
1. Pergi ke laman web SPR : http://www.spr.gov.my/ atau click button link macam kat bawah ni : 


2. Masukkan No. K/P (tanpa tanda - ) dan taip semula Aksara Captcha seperti yang tertera. Kemudian, clik SEMAK.

3. Hasil semakan daftar pemilih akan memaparkan butiran seperti Kad Pengenalan, Nama, Tarikh Lahir, Jantina, Lokaliti, Daerah Mengundi, DUN, Parlimen dan Negeri. Sekiranya ingin mencetak semakan yang telah dibuat, sila click PRINT.


b) Semakan melalui SMS
 Taip SPRSEMAKNo. K/P dan hantar ke 15888

c) Semakan melalui talian telefon
Sila dail 03-8885 6565 (jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang)


SEMAKAN PEMILIH ISI RUMAH
Sekarang di laman web SPR boleh buat semakan untuk membuat semakan lebih daripada 1 pemilih. Ini dipanggil Semakan Pemilih Isi Rumah. Senang sikit tak perlu berkali-kali nak patah balik ke mainpage semakan.
Linknya seperti berikut:
https://pengundi.spr.gov.my/isirumah2/



Oleh kerana hari keluar mengundi adalah pada hari Rabu, di tengah-tengah minggu, maka rancanglah perjalanan anda. Yang perlu balik kampung dan menepuh perjalanan jauh tu semoga dipermudahkan. Bukan selalu pun nak kena mengundi ni. Jadi, pilihlah dengan bijak pemimpin dan wakil rakyat yang bertanding.

UNDI ANDA AMAT BERHARGA
UNDI ANDA ADALAH RAHSIA
UNDI ANDA PENENTU MASA DEPAN NEGARA
JADILAH PENGUNDI YANG BIJAK






KEMBAR JUMPA KLON SENDIRI

Bila mana klon sendiri muncul entah dari mana, maka gunakanlah segala ilmu yang ada untuk hapuskan mereka. Kerana kita hanyalah istimewa...

Lazada Malaysia

POPULAR POSTS