Showing posts with label Router. Show all posts
Showing posts with label Router. Show all posts

Monday, May 1, 2017

JIKA SIGNAL ROUTER UNIFI TAK CUKUP KUAT, INI GAJET YANG DIPERLUKAN DENGAN HARGA DIBAWAH RM100


Lepas install Unifi kat rumah, alangkah happynya sebab boleh berinternet tanpa had dan tak perlu risaukan lagi pasal kuota. Berbagai peranti boleh disambungkan ke Wifi Unifi. Disebabkan keadaan yang tidak mengizinkan, router Unifi diputuskan untuk diletakkan di family area tingkat atas. Bukannya berada di TV konsol ruang tamu. Router pulak dapat yang model lama 4segi warna silver tu. Yang tak ada tanduk tu. Jadi signal Wifi jadi tak berapa kuat untuk kita yang selalu berada kat tingkat bawah ni. Solusinya, sama ada beli router baru yang power tapi memerlukan modal besar beratus2. Atau pun gunakan Range Extender atau nama lainnya Wifi Repeater.

Survey2 kat internet... google sana sini tengok review kat Youtube... akhirnya jumpa la benda alah ni. Harga pun Ok, Specs pun Ok. Beli online je, senang. Terus ke rumah anda.

300 Mbps Universal Wi-Fi Range Extender Brand TP-LINK Model No. TL-WA850RE 

Jenama yang dipercayai.

Bahagian belakang kotak.

Bahagian Sisi Kotak.

Panduan Penggunaan.

Berfungsi dengan baik.

Harga ni mungkin belum ambilkira caj penghantaran. Caj standard dalam RM6 je rasanya. So total kos dalam RM83.50 and still dalam bajet. Tak lebih 100 ringgit.

Online Seller yang diyakini. Ni page di www.lelong.com.my
Secara peribadi, peranti ni amat berbaloi untuk dimiliki. Bila signal kuat, so speed pun ikut sama laju. Harga pun takdelah sampai rabak dompet. So layan video kat bawah ni untuk pemahaman lebih lanjut.





Thursday, November 7, 2013

UNTUK DIJUAL!!!! MODEM DAN WIFI ROUTER TERPAKAI

Option Luxury Express & USB Modem 7.2 Ready
 
Barang terpakai pertama yang aku nak let go adalah seperti gambar diatas. Ini adalah modem 2 dalam 1. Boleh guna sebagai Express data card utk laptop yang ada slot Express. kebanyakan laptop HP sebelum ni ada slot ni. Tapi kalau tak ada slot tu pun boleh guna juga sebagai USB Modem.
CD disertakan untuk install software. Kelajuan maksimum boleh capai 7.2 Mbps bergantung kepada keupayaan penyedia talian komunikasi. 
 
HARGA: RM 100.00
Harga Pasaran: RM 239.00
 
 
 
 
Aztech Wireless Router plus HSPA Support for 3G Mobile Broadband.
Barang kedua adalah sebuah router.
Jenama/Model: AZTECH HW550-3G
Keupayaan: 4 port Wireless Router
Tambahan: Support 3G HSPA Mobile Broadband
Maksudnya, cucuk je mana-mana USB Modem pada router ni kemudian anda boleh berhubung melalui wifi sehingga 6 peranti.
Kalau sebelum ni 1 usb modem leh cucuk kat 1 laptop je. Tapi dengan benda ni, laptop leh connect, smartphone boleh, iPad pon boleh.
Keadaan masih elok dan berfungsi dengan baik.
 
HARGA: RM 100.00
Harga Pasaran: RM199.00


 
Option GI0225 USB Modem.
 
Ini adalah USB Modem yang boleh di guna bersama router diatas.
Jenama/Model: Option GI0225
Unlocked, boleh digunakan untuk mana-mana simcard dari pelbagai Telco termasuk Celcom, Maxis, DiGi, UMobile.
 
HARGA: RM80.00
Harga Pasaran: RM95.00
 
 
 
 
 
 
TAWARAN ISTIMEWA
BUNDLE PRICE UNTUK ROUTER + USB MODEM
HANYA RM 150.00
Jimat RM30.00
 
 
 
 
 
 


KEMBAR JUMPA KLON SENDIRI

Bila mana klon sendiri muncul entah dari mana, maka gunakanlah segala ilmu yang ada untuk hapuskan mereka. Kerana kita hanyalah istimewa...

Lazada Malaysia

POPULAR POSTS