Showing posts with label Hill Park 2. Show all posts
Showing posts with label Hill Park 2. Show all posts

Thursday, August 6, 2015

Hillpark 2 Kajang: Kerja Ubahsuai Sebelum Masuk Rumah

25 Sept 2014: Gambar gambar berikut diambil pada tarikh tersebut. Kontraktor dah siapkan kerja mengecat. Bilik anak dara kami pilih warna purple. Saje taknak pilih pink sebab nanti terlalu banyak pink. Yang bilik anak bujang tu warna biru pun ye... macam turquoise pun ye jgk. Takpe, nanti nak pasang wallpaper pulak kt bilik diaorang ni, bagi cantik lagi. Hehehehe.

Bilik atas untuk anak dara.

Bilik atas untuk anak bujang.

Dapur Basah. Dapur belum letak lagi.
Konsep warna dapur kami ialah White/Grey/Black. Gabungan ketiga2 warna untuk menampakkan lagi kemodenannya... Tiles kecik2 kat tempat masak tu beli sendiri kat Jalan Ipoh, kontraktor yang pasangkan. Harga tak ingat la. Area dekat dengan Balai Polis Sentul ada banyak jual jubin.

Sebenarnya area wet kitchen ni adalah extention yang kami buat atas area Tanah belakang rumah, 10'x20'. Dinding asal tu dijadikan kaki untuk island.

Dapur Kering

Dining area.
Area dining pun dah dicat warna Grey. Tapi aku tak puashati dengan cermin besar tu. Masa order nakkan yang saiz penuh menutup dinding tu, bukannya tinggalkan ruang atas, kiri dan kanan macam tu! Nampak pelik kan? So, aku mintak tukar, buat balik macam yang dalam order.

Thursday, November 28, 2013

RENOVATION 4: Tiles, Plaster Ceiling

TARIKH LAWATAN: 25 Mei 2013
 
Luar dah siap cat.

Table top concrete utk wet kitchen.

Tiles dah siap pasang.

Anak aku menangis la plak....

Plaster ceiling in progress.


Family hall buat drop box. Dining area buat L-Box.




RENOVATION 3: EXTEND DAPUR DAN BILIK

TARIKH LAWATAN: 18 Mei 2013
 
 
Posing dalam bilik tambahan.

Nak buat store ok, nak bg maid duduk sini....ok tak?

Wet kitchen. Tabe top belum pasang.

Mr. Bain le tu yg baju putih tu.

Dry kitchen area.

Plaster siling nak mula buat.


 
 
Puas tengok gambar x?

RENOVATION 2: EXTEND DAPUR DAN BILIK

TARIKH LAWATAN : 9 MEI 2013
 
Dah berbumbung. Dinding pun dah siap.

Pandangan dari belakang/luaran.


View jauh sket.



Proses plaster dinding.
Bilik asal dibesarkan sedikit dan tambah pintu. So boleh masuk keluar ke dapur melalui pintu kedua ni. Pintu yang sebelah kiri tu adalah untuk bilik tambahan. Kecik je.... sesuai utk maid.




Tingkap dapur yang baru



Tambahan kepada bilik sedia ada.

RENOVATION 1: Setakat ini....

TARIKH LAWATAN: 30 April 2013
 
Ini semua adalah gambar-gambar semasa kerja-kerja renovation. Lama dah ambil gambar ni tapi langsung xde buat posting kt blog ni. Selepas memilih beberapa kontraktor dn meneliti quotation, akhirnya kami pilih iConcept. Salesperson nama Mr. Bain. Sebutannya Ben, tapi my wife sebut mcam nama dia Arba'in je.....
Ini pun setelah kami tgk hasil kerja diaorg pada rumah lain.
 
 
Lepas kata on je, terus diaorg buat kerja. Deposit lom bg lagi masa tu.

 
Bilik bawah dipecahkan dinding sebab nak besarkan sikit bilik tu. Kemudian tambah lagi satu bilik kecil muat2 utk jadikan store atau pun untuk org gaji.
 
 

Tingkap kt dapur, dinding dah pecah.

Dinding bahagian bawah tu saje dibiarkan sebab nak dijadikan kaki untuk island. Macam island tapi x terpisah pun. Kira macam peninsular la.... hehehehe. So, ruang dapur yang asal akan dijadikan sebagai dry kitchen manakala yg baru tambah tu jadi wet kitchen.



Kasi habis sampai ke hujung Tanah. Nampak x jiran kitorg suami isteri tu?
  Masa kmai datang tengok ni, kebetulan jiran kami suami isteri pun ada. Nak dijadikan cerita, rupa-rupanya wife saya pernah jumpa dengan jiran si isteri ni sebelum ni. Keciknya dunia......

Tandas kekal ditengah. Kalau nak alihkan bakal menelan belanja yang lebih besar.

Pandangan dari dapur asal yg bakal menjadi dry kitchen.


Dinding bilik bawah dah takde.

Kita tgk lepas ni camne lak progress dia.

Tuesday, June 4, 2013

HILL PARK 2 : AMBIL KUNCI RUMAH


Segugus kunci ke rumah idamanku.
Tarikh: 1 April 2013 (Lamanya baru nak buat entri....)
Gambar gugusan kunci diatas adalah bukti bahawa pihak developer telah menyerahkan kunci rumah kepada aku dan isteri sebagai pembeli bersama. Setelah menunggu dalam 2 tahun sejak S&P ditandatangani, akhirnya berjaya juga menjejakkan kaki kedalam rumah ni. Selama ini nak masuk area construction pun tak boleh. Sekadar pantau progress payment daripada Bahagian Perumahan kepada pihak pemaju.
 
Oh ya... rumah ni kami beli menggunakan pinjaman perumahan kerajaan. Pinjaman dibuat bersama atas nama suami isteri. Itu pun setelah berpusing2 mencari kawasan mana aku nak beli rumah. Akhirnya keputusan pun dibuat.... memandangkan tempat kerja aku di Cyberjaya, wife pulak di Putrajaya, so area Bandar Teknologi Kajang ni kira ok la... sebab boleh tembus kuar kat Jalan Reko Bangi. Ada SILK Highway. Kalau terus masuk ke SKVE, boleh terus balik kampung kat Telok Panglima Garang.
 
View dari living hall. Boleh parking 2 kereta side by side ni.
 Mula-mula tu rasa memangla macam jauh, tapi memandangkan harga rumah sekarang ni macam gile kadar kenaikannya, keputusan harus dibuat segera. Dengan kelayakan yang kami ada, dan jugak offer/discount dari pihak pemaju, kami pun sepakat la akan menjadi warga Kajang/Semenyih suatu hari nanti.
 
Dengan keluasan 20x70, unit tengah, menghadap padang... kira puas hati la. Tengok2 la gambar dulu... ni masa kami buat pemeriksaan bersama wakil pemaju. Banyk jugak crack sana sini. Pintu dan tombol pun tak elok. Ada jugak kemasan yang tak kemas langsung. So, diaorg akan tandakan mana yang perlu diperbaiki.
View dari pintu masuk utama.

Ada 11 kaki kat belakang ni...
 Dibahagian belakang ada lagi ruang dalam 20 x11 kaki. Kami cadang nak besarkan dapur dan juga bilik utiliti kat bawah tu. Kalau dapat sampai habis tanah pun tak apa.

Living hall dan dining hall.
 Sekarang nampak macam luas, tengokla nanti kalau dah masuk perabot dan macam2 benda.

Tandas masterbedroom.
 Puashati dengan bilik air masterbedroom. Tiles sampai ke atas. Nak kene beli cermin dan jugak toiletteries rack atau jenis compartment yang ada cermin sebagai penutupnya.

Luas pemandangan....
View dari masterbedroom: Ni ruang saje bagi berlubang .... kalau ada ampaian kt bawah tu, boleh cepat kering kot.

Defect yang dapat dikesan.
View dari masterbedroom: Jerit je nama anak suruh balik kalau masih main kat padang.

p/s: Banyak juga nak kene buat sebelum boleh masuk rumah baru ni. Ongkos....ongkos....

KEMBAR JUMPA KLON SENDIRI

Bila mana klon sendiri muncul entah dari mana, maka gunakanlah segala ilmu yang ada untuk hapuskan mereka. Kerana kita hanyalah istimewa...

Lazada Malaysia

POPULAR POSTS