Monday, June 13, 2011

KEBETULAN


Last Saturday, aku pergi menonton wayang filem X-Men: First Class di TGV Wangsa Walk. Dah lama giler rasanya tak layan movie. Kali ni aku layan sorang2 je. Show pulak yang paling awal, 10.45 pagi. Anak2 aku dah hantar kat rumah babysitter. Lepas breakfast aku dropby wife kat stesyen LRT sebab dia nak terus ke Sogo, jumpa akak ipar aku. Nak gi shopping yang lebih tepat sekali.

Lepas ambil tiket kat kaunter, aku jalan2 kat dalam Wangsa Walk tu... terjumpa lak member lama tau university. Terjumpa dengan Jai, budak HS X-Smap Kajang. Kenal dia ni sebab dulu kat univ ramai gile budak Smap Kajang masuk UIA. Pulak lagi dia player bola UIA.

Rupa-rupanya dia pun nak tgk wayang jugak. Filem yang sama, masa tayangan yang sama ngan aku. Tapi dia bukan datang sorang macam aku, dia bersama isteri dan kawan isterinya. Anak pun hantar umah babysitter jgk. Agak2 nak 10.30 pagi kami pun mintak diri gerak ke panggung. Aku beratur beli air n popcorn. Lepas tu masuk panggung, lampu dah padam... iklan tengah rancak.

Seat aku tepi kiri sekali, J3 to be specific. Tetiba.....
Si Jai ni bersuara dalam gelap, "La!... duk sebelah jer..."
Rupa-rupanya seat number dia sebelah aku. Wife Jai pelik je camne dalam gelap pun boleh cam aku. Hhehehe... sebab dah jumpa kat luar tadi. Sungguh kebetulan....

Pasal movie yang aku tgk tu, memang aku enjoy (sebab dah lama tak layan movie kat panggung)
Last time was The Green Hornet kalau aku tak silap. Kenela plak genre yang aku suka, ACTION & FICTION. Kalau yang sound effect dentam dentum lagi aku suka. Tambah ngan score music background yang gempak, memang best giler. Lepas ni nak set timing untuk Transformers 3 : The Dark Moon, layan 3D la pulak.





Tak sabar nak tengok ni.....


No comments:

Post a Comment

KEMBAR JUMPA KLON SENDIRI

Bila mana klon sendiri muncul entah dari mana, maka gunakanlah segala ilmu yang ada untuk hapuskan mereka. Kerana kita hanyalah istimewa...

Lazada Malaysia

POPULAR POSTS