Monday, June 9, 2014

JALAN JALAN CUTI SEKOLAH: PANTAI TIMUR..... Bahagian 2


Ini adalah sambungan daripada entry yang sebelumnya. Klik sini untuk baca bahagian 1.

Rabu, 26 Mac 2014: Kota Bharu - Kuala Terengganu.
Route: Kelantan ke Kuala Terengganu
Lepas selesai sarapan dan punggah masuk barang yang telah memenuhi sebahagian bonet kereta, kami meneruskan perjalanan pulang. Tetapi takdelah direct ke Kuantan ataupun KL. Rasa nak repeat lagi kat Pasar Payang. Tu yang book hotel Tanjong Vista kat Kuala Terengganu. Perjalanan balik ni kami ikut tepi laut... pemandangan yang cantik sekali. Akan tetapi... Nan Qaqaq dah termuntah pulak kat dalam kereta. Waktu tu masih lagi di Kelantan... minum air milo kotak katanya.... Nan Abang yang bagi dia kata. Habis satu kereta bau muntah.....


Pantai Penarek
 
Dalam perjalanan balik tu kami tapau Satar Goreng dan kapok lekor kat Besut. Untuk kudap-kudapan dalam perjalanan. Bila lalu je kat Pantai Penarek tu ternampak pulak kedai jual Sotong Goreng Tepung... apalagi... buat U-turn. Makan sambil menikmati keindahan pantai dan bayu laut yang menyegarkan.
 
Sampai KT terus ke Pasar Payang. Shopping lagi..... mana2 barang yang family kirim mintak belikan. Settle je semua urusan shopping, terus check in di Hotel Tanjong Vista.


Lepas relaks2... perabiskan kapok dan satar goreng tu...bersihkan badan... rehat jap... google nak cari tempat makan malam kat mana pulak malam ni. Akhirnya kami ambil keputusan nak try western food. Chicken chop ke....
 
Lepas puas mencari info kat internet, Zie's Corner ni yang paling byk review kat blog. Dan smartphoneku berkhidmat sekali lagi sebagai GPS untuk ke lokasi Zie's Corner di Waterfront Kuala Terengganu. Ada waze, senang jer....
 
 
Kami order 2 set Grilled Chicken Black Pepper dan 1 set Nasi Lemak Ayam. Not bad.... rasanya tidak mengecewakan... harga berpatutan. Servis pulak saya bagi....4/5 bintang.... Habis makan saje jalan2 tengok2 lampu yang menarik kt situ. Ambik gambar ... posing2... tengoklah aksi si kembar....
 
 
Lepas kenyang... balik hotel...tido!
Esoknya lepas breakfast, masuk kolam pulak. Bila dah kecut... dah gigil-gigil baru nak naik.
Masa untuk check-out dan menuju ke Kuantan.
 
 
 
Khamis, 27 Mac 2014: Kuala Terengganu -  Kuantan
 

Perjalanan yang panjang dan membosankan. Tiada pemandangan yang dianggap menarik. Penumpuan terhadap pemanduan pun kena lebih sebab jalan yang lebih beriku-liku. Alhamdulillah....setelah beberapa kali berhenti untuk recharge tenaga...akhirnya selamat tiba di kediaman kakak iparku di Kuantan. Lepak sini sampai Ahad sebelum bertolak balik ke KL.
 
Aktiviti esoknya, Pantai Gelora.
 

 

No comments:

Post a Comment

KEMBAR JUMPA KLON SENDIRI

Bila mana klon sendiri muncul entah dari mana, maka gunakanlah segala ilmu yang ada untuk hapuskan mereka. Kerana kita hanyalah istimewa...

Lazada Malaysia

POPULAR POSTS