Naik lagi.... selepas harga minyak naik, gula pulak naik. Nah! Sekarang elektrik pulak naik. Dengarnya lepas ni tol pun naik jugak. Nampak tak kesan berantainya? Memangla nak kurangkan subsidi... tapi kalau dah beri kesan berantai macam ni, rakyat jugak yang paling terkesan dan tersepit. Kos sara hidup meningkat sedangkan pendapatan masih macam tu jugak, Mari kita tengok siapa yang terkesan dek kerana kenaikan tariff baru ni.
Seperti yang dapat dilihat daripada jadual di atas, bagi pengguna yang menggunakan 300kW/h dan kebawah dalam tempoh sebulan tidak akan mengalami sebarang perubahan. Pengguna yang menggunakan 301kW/h sebulan dan ke atas yang akan terasa akan kenaikan tariff baru ini. Jadi anda didalam kategori yang mana?
Berikut adalah maklumat penggunaan dan caj yang dikenakan bagi tempoh Jun sehingga November 2013.
Penggunaan dan caj untuk tempoh JUN-NOV 2013. |
Ini adalah alat elektrik yang terdapat dikediaman aku:
1. Peti sejuk 2 pintu
2. Mesin basuh automatik
3. Seterika
4. 3 unit Kipas Meja & 1 unit Kipas siling
5. TV/Astro
6. Laptop sekali sekala.
7. Charger untuk HP dan Ipad
TIADA PENDINGIN HAWA!
Mungkin dengan ketiadaan pendingin hawa, kadar penggunaan masih lagi di bawah paras 300kW/h sebulan. Maka kediaman saya tidak akan terkesan akibat daripada kenaikan tariff ini.
Bayangkan untuk rumah teres 2 tingkat 4 bilik. Paling tidak mesti ada kelengkapan berikut:
1. Peti sejuk
2. 5 unit kipas siling
3. TV/Astro
4. 3 unit Pendingin Hawa (at least)
5. Mesin Basuh
6. Seterika
7. Pemanas air (mungkin ada mungkin tidak)
8. dan macam-macam lagi......
Agak-agak berapa penggunaan elektrik bagi sebulan? Kawan aku kata, kalau ada walau 1 unit pendingin hawa, bil mesti cecah RM100. So kalau ada 3 unit? Kipas di setiap bilik....mau cecah RM200 ke RM300. So, pandai-pandai la jimatkan penggunaan elektrik. Tak usah nak berpesta sangat pasang lampu terang benderang sampai ke siang. Set la timer untuk aircond, xde la terpasang sentiasa. Nanti aku buat entry pasal tips nak jimatkan penggunaan elektrik pulak ye. Kita kongsi sama-sama.
No comments:
Post a Comment