Setelah berada 2 bulan didalam bengkel, akhirnya aku berjaya menjemput pulang kereta kesayangan ini pada 23 Mei 2013. Aku sampai je dari Kuantan, Pak Mertua jemput kat Jalan Duta dan terus ke Bengkel di Balakong. Sampai masanya aku pulangkan Preve Pak Mertua yang dipinjam selama tempoh Persona ni dibengkel.
Sudah tak ada spoiler TRD kat bonet belakang tu. Insurans tak cover benda2 aksesori macam tu. So ngan sapa aku nak claim?
Lagi satu, sticker tulisan "1.6" dan "Persona" pun tak ada. Kosong je ....
Masa mula2 bawa keluar asal langgar bumper ke lobang ke... mesti ada bunyi mcm tikus kat bahagian belakang... Dalam hati kata, camni la kereta kalau dah lepas accident. Tapi rupa-rupanya diaorg tak ikat spare tyre betul2 kat bonet tu. Lepas aku ikat ketat2 barule xde bunyi mcm tikus tu.
Oleh kerana cermin belakang baru ganti, so kene la buat tinted. Alang2 g buat servis, cuci kereta dan lepas tu buat tinted. Cermin depan dan belakang ganti baru. Cermin sisi tambah je, tak bukak pun yang lama. So, jadi lebih gelap la. Yang lama tu dah pudar kadar kegelapannya. Puas hati sebab makin gelap dan makin mendinginkan bila pasang aircond.
Lepas ambil haritu, tombol aircond ada masalah. Tombol kipas aircond ok, tapi yg tombol temperature mcm tak ada kesan apa2 even kita pusing2kan untuk setkan temperature. Tanya kat Proton, nak tukar tombol tusekali ngan electronic board tu dalam RM250.00. Aku bukak sendiri, godek2 ngan adik aku, Alias, rupa-rupanya kepingan tembaga yang menghubungkan tombol dan board tu dah longgar, tidak bersentuhan seperti yang sepatutnya. Tak ambil gambar plak nak tunjukkan kat sini. Lepas betulkan bagi tembaga tu sentuh ngan board tu baru la ok. Selamat duit aku.
Sekarang anak2 lak sikit2 complaint, sejuk la.... " Kakak sejuk.... Abang sejuk....."
Oh ya, tinted tu kena caj RM300.00 buat kat Sri Serdang. Tapi crew dia macam x mahir sangat, 2 jam nak buat tinted tu. Pernah buat kat Autotint Batu Caves utk Preve tu dalam 1 jam je siap.
No comments:
Post a Comment