Hebat! Seronok! Superb! Itu yang boleh aku ungkapkan apabila keluar dari panggung menonton filem yang ketiga dalam trilogi Transformers, Dark Of The Moon. Aku sebenarnya nak ambil cuti untuk buat persediaan peperiksaan, tapi hati membuak2 nak layan wayang. Aku tak boleh miss citer ni, kene gak tengok kat wayang. Kesian to my wife.... tak dapat bawak dia pegi nonton sekali. 2 filem Transformers yang sebelum ni kami layan kat panggung jugak. Kali ni aku layan filem sorang2, tengok yg versi 3D lak tu. Harga tiket pun mahal dari yang biasa. Saje nak try apa bestnye filem 3D ni.....
Bumblebee: kotak suara masih belum elok lagi. Kali ini lebih ganas dan gagah. |
Awal2 beberapa minit tengok iklan filem lain yang 3D.. wahhh!!! gile menarik efek 3D ni... gambar berlapis2, terkeluar2 dari skrin. Tapi bila dah masuk 1 jam layan... mata aku mula pedih. Nak ditanggalkan spek 3D, gambar jadi kabur pulak. Nak tak nak aku tahan sampai filem abis... 2 jam 30 minit beb! Tapi pada pendapat aku, filem 3D paling best dan berkesan kalau yang banyak guna CGI atau digital... macam Avatar, atau Toy Story. Kalau yang real life ni.... cuma nampak lapis2 je....
Aku memang peminat setia Transformers. Maklum la... generasi y memang menbesar dengan animasi Transformers. Bila dah ada teknologi untuk difilemkan ni.... mana boleh lepas peluang. Rasa macam kembali ke zaman kanak2. Aku rasa budak2 zaman sekarang ni tak tau pun pernah ada animasi Transformers kat tv suatu masa dulu. Tau2 je ada filem....
Tuan Pengarah in action |
Aku respek kat mamat pengarah filem si Michael Bay ni... kebanyakan filem dia aku suka. Name it... Armageddon, Bad Boys 1 & 2, Pearl Harbour, The Rock (my all time faveret movie). Suka benar dia gunakan elemen military dalam filem2 dia, helikopter lebih2 lagi.
Kali ni adalah filem terakhir Transformers, takde sambungan dah... sebab Megatron pun dah mati. Camne dia mati... kene la tengok sendiri. Selepas mengaut untung juta2 dari 3 filem ni, produser and director nak stop dah... duit pakai pun tak habis....
On the set |
No comments:
Post a Comment